Tuesday, January 20, 2026

Anak Jantan...keluar!!


 Seketika dulu, dalam dewan MAS, Lt Kol Prof Madya Dr Fawzi Basri dengan gegak gempita memberikan ceramah berkenaan PALAPES. Kebetulan pada masa yang sama adalah sesi orientasi pelajar baru Ijazah Sarjana Muda, seingat aku tahun 1997.

Aku ketika itu sedikit impress apabila melihat gelaran beliau yang agak panjang dan terfikir bagaimana seorang individu bernama Fawzi Basri mampu mendapat title "Lt Kol", "Prof Madya" dan Dr. Bagi aku, ini satu pencapaian yang hebat bagi seorang pensyarah universiti.

Tujuan beliau berceramah adalah bagi mempromosikan pengambilan anggota PALAPES baru. Sudah tentulah suaranya agak tegas dan dihujung ceramah Dr Fawzi meminta pelajar yang berminat menyertai PALAPES agar dapat bergerak ke luar sebelah dewan untuk tujuan pendaftaran anggota baru.

Aku pada mulanya teragak2 untuk masuk kerana agak risau penglibatan aku dalam PALAPES akan mengganggu pembelajaran aku di universiti. Faham-faham sajalah, PALAPES merupakan aktiviti kokurikulum yang maha busy, rambut aku bakal dipotong, terikat dengan displin ketenteraan sepanjang masa dan macam2 hal yang bermain difikiran aku.

"Siapa anak jantan, keluar sekarang!!" 

Tidak semena-mena aku terdengar ayat ini keluar dari podium atas pentas. Sah! Itu ayat yang muncul dari mulut Dr Fawzi. Aku toleh kiri kanan. Ada beberapa kelibat pelajar yang bingkas bangun dan melangkah keluar ke sebelah dewan. Aku dalam keadaan perasaan bercampur baur sama ada hendak masuk PALAPES atau tidak turut berbuat benda yang sama. Cerita selebihnya adalah sejarah.

Akhirnya, aku diterima sebagai anggota baru PALAPES DARAT setelah melalui tapisan yang agak ketat antaranya ujian larian, pemeriksaan kesihatan, majlis angkat sumpah dan sebagainya. 

TO BE CONTINUED...




No comments:

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer