Monday, July 18, 2011

Ada apa dengan hari Selasa

Selain ada pasar malam kat area Nilai, hari Selasa adalah hari biasa2 aje..

Pergi kerja, mengajar...hari ni aku ada 2 kelas jer..balik kul 2 petang.....

Selain itu, ada apa dengan hari Selasa? Mungkin debaran bagi Safee Sali bertemu Frank Lampard semakin hampir atau Anwar Ibrahim sedang mengatur strategi politiknya...kot..

atau (aku google...)...
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

atau...(aku search kat google lagi...)...

1. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
2. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
3. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
4. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.


minggu depan jumpa hari Selasa lagi...dan lagi...sampai umur 40...50...60...hari Selasa tetap menanti...(kalo panjang umur la)....

Apa ada dengan hari Selasa? Ntah apa aku merepek di hari Selasa nih....

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer