Friday, December 12, 2008

semester break..

start from 22 Nov - 14 Dis, peluang untuk pensyarah bercuti panjang....student cuti sampai 8 januari...lagi lama. anyway, sepanjang cuti itu ari aku pegi annual camp start dari 23 Nov sampai 3 Dis kat kem Gemas. so, rej502 'berkampung' kat sana la kiranye...askar bila nak buat aktiviti apa lagi, haruslah ada acara wajib - iaitu menembak. tembak snap, lorong hutan & LTTI. pas tu merasa tembak M203 launcher, mortar 60mm, minimi, gpmg, lmg and of course senjata wajib...M-16. Aktiviti lain ialah pegi lawatan ke kem sekitarnye..iaitu 11 KAD, 51 RAD & 21 RAD. dapat nengok PT91, Astros, Meriam 55mm rasa bangga terdetik kat jiwa aku...betapa Malaysia ni sangat beruntung sebab ada jentera perang yang sangat canggih ni..gerunkan musuh..tengok laras PT91 jer boleh buat kecut perut ooo...belum tengok kehebatan astros dan meriam 55mm lagi....musuh lari lintang pukang ler...lain-lain aktiviti apa lagi, sukan. bola tampar, bola sepak & bola keranjang diungguli oleh batalion 1 manakala bola jaring batalion 3. so, pemenang keseluruhan disandang oleh batalion 1 la...apa lagi. last day ada malam akrab dan jemputan terdiri daripada CO's and officers dari kem berhampiran...yang aku tau, ada lebih 14 kem dalam kem gemas ni....banyak tuh....senang bila perang jer, kerah semua sekali..

balik dari annual camp, ari sabtu 6 Dis aku & family and keluarga mentua pegi Cherating selama 4 hari 3 malam melepak kat The Legend.....raya haji kitaorang sambut kat sana dengan ditemani hujan sepanjang hari...hehehe...kat masjid pagi raya tu memang banjir le..dan area kat sekitar tu memang naik air....kesian tengok penduduk kat situ....setiap kali bulan Dis, banjir....aku terpikir gak, pihak berkuasa buat apa?

start 15 Dis ni dah start keje balik...mesti ada la kursus kene pegi tu...samada dalaman ke atau atau kat hotel mana-mana....get life busy back.

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer