Sunday, February 25, 2018

International Week 2014 @ UGM

Dok explore youtube..terjumpa video suatu ketika dulu..UKM sponsor aku pegi UGM, Jogja..

Universiti Gadjah Mada nih antara universiti otai di Indonesia..antara alma mater dia, Presiden Jokowi...

Alhamdulillah..dapat la merasa pegi International Week part 1...bagus sangat program ni..menghimpunkan students dari pelbagai negara..Perancis, Jerman, Finland, Korea..malah China pun ado...hebat tul UGM dapat menganjurkan program camnih...

Program selama seminggu nih merupakan platform bagi pelajar2 nih belajar pasal asean economy, culture dan bla..bla..that's why ramai pelajar Europe yang datang...depa nak tau psl Asean country nih..IPTA Malaysia patut anjur program camni supaya membuka mata pelajar2 dan mewujudkan networking ngan pelajar Europe dan seantero dunia...barulah world class....

Aku pun dapat la jalan2 sekitar Jogja..pegi pasar Maliboro...gi tgk Ramayana teater..bla..bla..tapi paling best bila dapat speaking ngn geng2 Europe nih...timbul rasa confident speaking...hehehehe

Dan, aku dapat lihat program ini telah diteruskan tahun demi tahun tanpa gagal...bersungguh depa meneruskan tradisi camnih...bagus depa...maknanya diorg dapat ROI la buat program ni...samada dalam bentuk financial atau lain2...yang penting depa nampak...KITA?

Teringin nak pegi Jogja lagi...tak puas nak round..





NBOS @ SKDKP

Program NBOS di SKDKP..

National Blue Ocean Strategy dilaksanakan di SKDKP, Lenggeng..satu-satunya sekolah di NS yang dipilih menjalankan NBOS...

Aku sangat support program sebegini...dapatlah semua agensi yang berkaitan bekerjasama di bawah satu bumbung...dan aku sangat menggalakkan ia diteruskan..

Selaku YDP PIBG, aku berasa bangga..orang kata sekolah kampung aje..tapi program 'national'..mana mau cari..hehehe

Maka, aku pun diinterbiu oleh pihak BTP...pastu upload dalam youtube...seluruh dunia tengok aku ni...malu pulak rasa..hehehe

Wednesday, February 21, 2018

SGS dan guru

22 Feb 2018..

Aku kagum ngan SGS..tak sangka dikalangan gurunya ada yang berstatus JUSA C..

Bukan senang, seorang guru mencapai status ini..biasanya Pengarah di Kementerian atau agensi kerajaan sahaja yang dapat menyandang JUSA...



Dr Norini bt Jaafar..telah pun bersara..

Namun, pengalaman dan jasa beliau menggambarkan bahawa beliau sangat komited dengan tugas sebagai guru..terima kasih cikgu..

Wednesday, February 14, 2018

Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban

atau juga dikenali dengan singkatan SGS..merupakan tapak sekolah terdahulu TKC, yang telah berpindah ke Bandar Enstek, Nilai...

namun begitu, hasrat MBNS yang ingin juga tapak ini masih mengekalkan SBP bagi pelajar perempuan..maka tertubuhlah SGS..sama seperti yang berlaku pada SDAR, kini diambilalih oleh SASER..malah SASER mempamerkan keputusan yang lebih baik daripada SDAR, walaupun SASER masih baru...SGS juga telah memperlihatkan kecemerlangan dengan menjadi sekolah terbaik SPM..

maka, tepatlah hasrat ibubapa yang menghantar anak ke SGS bagi memperoleh kecemerlangan..masakan tidak, program anjuran sekolah sangat mementingkan sifat berdikari, berteraskan kecemerlangan dan sentiasa berada dekat dengan agama...mengaji, baca yasin setiap pagi jumaat, solat berjemaah setiap waktu...



MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer