Thursday, April 19, 2018

Masih lagi kisah @ IIID UiTM Seremban 3...


20April 2018

Hari ini, bergegas aku ke Uitm Seremban 3 mengambil Silver Medal atas inovasi aku yang bertajuk:
Comic charactER for social Science Subject - CERS

Maka, bertalu ucapan tahniah daripada Pengarah, rakan2 sehinggalah kepada pegawai BPT. Malah, ahli keluarga turut mengucapkan tahniah. Terima kasih aku ucapkan.

Penyertaan kali pertama dengan persiapan tak seberapa dan dianugerah Silver Medal membuatkan aku memanjatkan kesyukuran pada Ilahi. Alhamdulillah. Segala pujian adalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Penganugerah ini juga memberi signal bahawa komik juga boleh diangkat ke persada dunia akademik dan boleh dikomersilkan ke peringkat lebih tinggi. Malah, Kampung Boy oleh Lat juga bermula dengan komik biasa lalu diangkat ke animasi. Ini juga impian aku.

Anugerah Allah memberi aku bakat melukis komik memang dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Dan, telah terbukti, bakat melukis komik aku bukan biasa-biasa. Nantikan komik aku dalam masa terdekat yer...hehehe







MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer