Tuesday, November 7, 2023

Tips menghadiri temuduga

 Temuduga merupakan proses formaliti yang dijalankan oleh sesebuah syarikat bagi pengambilan pekerja baharu, prosedur kenaikan pangkat dan sebagai suatu kaedah bersemuka dengan para pekerja. 

Menerusi temuduga, pihak majikan dapat menentukan sama ada pekerja baharu tersebut layak dalam semua aspek yang diperlukan oleh syarikat. Kebolehan pekerja baharu dari segi berkomunikasi diuji bagi memastikan pekerja baharu mampu melaksanakan tugas tertentu.

Prosedur kenaikan pangkat juga perlu melalui proses temuduga bagi membolehkan majikan mengesahkan pekerja tersebut layak memikul tanggungjawab yang diberikan. 

Malah, terdapat sesetengah syarikat melaksanakan proses temuduga bagi mendapatkan idea dan pandangan pekerja untuk segala isu yang boleh meningkatkan prestasi syarikat.

Oleh itu, terdapat beberapa tips yang boleh diikuti oleh para calon temuduga:

1. Pastikan pakaian kemas dan sesuai mengikut arahan sebelum temuduga

2. Pastikan dokumen yang diperlukan semasa temuduga di bawa

3. Memastikan beberapa maklumat tentang syarikat diketahui terutamanya misi syarikat

4. Menepati masa

5. Berdoa selalu




MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer