Tuesday, December 28, 2010

kini kembali..


aku kembali bekerja setelah bercuti lebih 3 minggu...

so, cam biasa minggu2 pertama kerja ni ialah..amanat bos, keputusan peksa, hari kualiti dan sebagainyalah...semuanya untuk kembalikan mood bekerja la...harap2 aku ada momentum yang lebih la untuk tahun 2011 nih...

sesi jan 2011 menyaksikan aku akan bertemu ngan muka2 pelajar baru ( dan lama ) ... subjek yg nak diajar pun sama jer...tapi MQA nak mai tengok kolej somewhere in Feb kot...

apa2 pun...kerja..kerja..kerja...

Friday, December 3, 2010

CUTI

apa makna CUTI?

berehat...balik kampung...makan angin...shopping....jalan2....

itu yang aku alami ketika ini...cuti bekerja....bukan sehari, bukan seminggu...aku bercuti hampir sebulan...SEBULAN....

itulah manisnya kerjaya sebagai pendidik ni...bila budak yang kita didik bercuti, maka cikgunya pun bercuti....abih tu, nak mengajar siapa kalo bebudak dah balik kampung?

bagi yang dah berkeluarga, cuti dihabiskan bersama keluarga dan anak2....yang bujang plak, buat hal masing2...

aku harap cuti kali ni lebih bermakna atau dalam ertikata yg lainnya....aku dapat buat sesuatu yg lebih 'value'...dan boleh meninggalkan kesan yg berfaedah pd aku...entah le...aku tak sure lagi apa mendanye aku nak buat cuti nih...

hidup yg bakal dilalui lebih mencabar di hari mendatang...dunia dah jadi macam hukum rimba...siapa kuat akan terus survive...siapa yang lemah tertindas...aku tak boleh lemah, aku LELAKI, SUAMI, BAPA, KETUA KELUARGA.....ada insan yg bergantung harap pada aku...jadi perkataan tewas, lemah, putus asa, kecewa, sedih, atau ayat2 negatif yg lain tak sepatutnya berada dalam kamus hidup aku...sila masuk dalam tong sampah!

2011 bulan depan jer...umur aku dah 33..uban ada la bersinar di sana sini...hehehe...
anyway, hidup diteruskan...cuma kita tak tahu perkara mendatang...ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA, KITA SEBAGAI HAMBA BOLEH SAHAJA MERANCANG...jangan hampa kalo apa yg dirancang tak kesampaian, kerana setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya...

Thursday, November 11, 2010

MYVI kaler orange SE....

tengah pasang tinted...

alhamdulillah...rezeki dari ALLAH swt...dapat beli satu keta lagi...aku mmg berkenan lama dah keta ni...mmg cun lah...tak payah nk modified apa2 dah...

Wednesday, November 10, 2010

gambar annual camp 2010

TK Rej 502 AW, Lt Kol Azman..

Komander Rej 502, Brig. Jen. Prof Madya Thantawi...
Dapat menembak glock (baru)..


selepas Serdap..


gaya je lebih...

mantap...menembak individu dpt no. 2...



seperti yang dijanjikan, aku pamerkan sebahagian gambar yg sempat aku ambil sepanjang berada di kem 4 RAMD Tapah. Latihan kali ni lebih tertumpu kpd CIW...which means, kena masuk hutan...apalagi, terpaksa la kaki aku menjadi santapan pacat yang sentiasa dahagakan darah manusia..hahaha...(gelak cam jin)....

aku ditugaskan sbg ketua platun 1 dan mengetuai fasa kawad menduduki Pengkalan. Selepas itu Ronda Tempur, Serdap & Serang Khemah Musuh di 'take over' by YO lain...

tapi tak sangka plak kali ni, aku dalam senarai TOP 5 kategori menembak individu..hehehehe...no. 2 beb...aku ulangi...no. 2...hehehe...
barulah org kata pegawai mantap...yezzer..

aku tak lama dapat follow annual camp nih...just 5 days start from 6 - 10 hb...ok la tuh...

balik ke rumah tengok kelibat isteri dan 2 putri kesayangan....terus lepas rindu dendam..I Love You All...muahh!! Thanks sbb understanding my interest..

Wednesday, November 3, 2010

annual camp 2010

(gambar masa kursus G3 2009)

Latihan khemah tahunan 2010 di Kem 4 RAMD Tapah dari 1 - 15 November...

Aku plak dpt pegi 6 - 10 hb jer...takpelah, janji pegi...ROD pun dah nak expired..so kena la mengaktifkan diri..kot2 Panglima tanya sok (tak le kena bambu )..

Tak banyak boleh tulis tentang annual camp sbb belum pegi...nanti gua balik..gua post bnyk2 gambar and citer tentang aktiviti di sana...

Monday, October 11, 2010

The first year for birthday girl..

tak nak dok diam...ada je benda nak amik...

apo yg dipandangnye tu...
buku yang dikoyakkan oleh adik dianggarkan...hehehe...no cost at all...

ceria sbb lampin dah tukar & susu dah minum..pas tu hantar umah cik piah..

birthday girl...12 / 10 / 2010

Umur setahun. Selamat Ulangtahun kelahiran yang pertama kali buat Putri Nur Eryna Marissa dilahirkan sejak 12 / 10 / 2009 dan hari ini 12 / 10 / 2010...

Adik makin aktif...comel sangat. Ayah mendoakan adik dan kakak dirahmati Allah s.w.t sepanjang masa, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah...

Thursday, October 7, 2010

apa CER...


hampir seminggu tak melalui jalan KG Sg Jai...inilah hasilnya. jalan telah siap bertar...tiada lagi jalan berlubang, habuk, lecak atau batu2 kecik yg selalu terpelanting kena pada keta aku...
maka, tak perlu lagi risau tengok keta mcm baru lepas keluar dari hutan...

esok, aku & family akan fly ke sarawak..menghadiri konvo di UNIMAS pak lang balqis & marissa...yg aku risau sket, dapatkah marissa bertahan selama sejam setengah dalam flight dgn hanya duduk di atas riba mamanye atau ayahnye...menanti penuh sabar sebelum sampai ke airport Kuching...harap2 tiada masalah le...aminn....

Wednesday, October 6, 2010

Lama tak menjengah..

wajah dikala usia menjengah 30an dan memiliki 2 putri...kata teman, aku tetap sama seperti dulu...


Sejak ramadhan yang lalu, dan sampai ke detik ini, barulah tergerak hati aku nak buka semula blog ini...tiada apa yang terkini lagipun...aku still di sini...meneruskan tugasan rutin, cuma ada sedikit perubahan...aku kini lebih kerap menghidupkan NBY7880 setiap pagi...NCC7880 pula semakin jarang digunakan untuk ke ofis...hehehe..

hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan...kini sudah minggu ke 11 (mengikut kalendar akademik)...topik semakin menipis...final exam 'just around the corner'....

petang ni ada jamuan aidilfitri di KPMB...aku sedikit ralat...puasa enam tak dapat dilaksana lagi..dengan puluhan open house terpaksa kuhadiri....argghhhh!!!! godaan sangat banyak di bulan Syawal atau diri ini tidak terkawal?

Sunday, August 15, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK..


Selamat berpuasa kepada semua...

Thursday, May 27, 2010

WORLD CUP 2010

Zinedine Zidane..kapten Perancis yang menjuarai World Cup 1998...

Maradona...kapten Argentina yang menjulang World Cup 1986...

Yang paling mantap...Franz Beckenbauer...menjulang World Cup sebagai pemain dan pengurus pasukan German...tak de orang boleh lawan samapi la ni...

Tinggal beberapa hari lagi, demam bolasepak Piala Dunia akan dirasai oleh semua orang...tak kira PM ke, pegawai tinggi, cikgu, kerani, peon, tok imam, mat rempit dan berbagai lagi...semuanya akan terpaku dihadapan TV masing2 atau di kedai mamak 24 jam menyaksikan pasukan pilihan bertanding....
Bolasepak telah menjadi sukan yang diminati oleh seluruh masyarakat dunia dan ia telahpun dimainkan sejak ribuan tahun dahulu....
jadi, kalau rancangan macam AF, Malaysian Idol atau Mentor nak menyelit2 time cam ni...sori lah...tak layan...






Gambar kat atas nu antara figura yang tak terlepas dari dibincangkan dalam dunia bolasepak nih...



Sunday, April 18, 2010

Latihan Menembak 17 & 18 April 2010...

Nak balik dah...amik gambar dulu...
wajah ganas sebagai Pengasuh...panas hooo...


Siapa sangka, boleh Johan Menembak Jatuh Piring...kalahkan otai plak...

Dr. Loges from MMU (right)



aku sedang menggunakan kehebatan aku mengambil gambar sendiri..hehehehe...





kali ini aku menyuruh member merakam gambar aku plak...




adakah aku show-off...tidak! tembakan ini hanya untuk tengok 'setting' senjata peribadi anda berada dalam keadaan baik...dan penembaknya juga baik...tidak! aku tidak show-off....tidak !!!







Menembak memerlukan seluruh tumpuan dan komitmen terhadap sasaran. Ini termasuklah juga pernafasan dan kekuatan tangan. Keselamatan juga sangat dititikberatkan.






Aku teringat kata2 hikmat dari otai2..." Silap sesaat menderita seumur hidup ". Segala aspek keselamatan diambilkira tanpa kompromi...dan aku sentiasa memahat kata2 tersebut sepanjang aktiviti latihan dijalankan.





Sunday, April 11, 2010

Pendidik dalam dunia pendidikan ...


Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan, 2 benda alah ni memang menjadi teman karib aku...benda ni sentiasa sangkut kat poket, kalo pi makan kat kedai terbawak sekali....orang tau dah, ni mesti cikgu ni .......

sejak Ogos 2004, aku menyelami karier ini, .. melengkapi kerjaya kependidikan, aku meneruskan pengajian diploma pendidikan selama 2 tahun ... pegi balik maktab kat batu pahat ( sekarang tukar nama IPTHO ) ...

ditambah rezeki anak pertama, aku dapat pulak jadi part-time tutor di OUM pada 2005 sampai la ni .... ( aku ni orang Kedah celup...dok UUM 4 tahun ) .... mengajaq student yang lebih berumur dari aku, kekadang ada yang sebaya ngan mak dan abah aku ... masya-Allah, Allah Maha Kaya ... aku dapat menangani 'senior' student nih dengan baik ... alhamdulillah ...

Ada juga impian nak mengajar kat U ... dapat title Prof Madya Dr ........, siapa tahu impian jadi kenyataan ... cabarannya tentu lebih tough ... maka aku perlu menjadi tough juga ... lengkapkan ilmu didada, berusaha dan bertawakal .... insya-Allah ...

sebenaqnya, buat apa pun kat dunia ni kita perlu berusaha, jutawan seperti Bill Gates, berusaha siang malam untuk menghasilkan perisian komputernya dan beliau tidak pernah berhenti untuk berusaha meningkatkan kemampuan perisiannya walaupun dah kaya tak ingat ...

Lim Goh Tong juga tidak akan mampu menghidupkan kasino dan taman hiburannya di puncak Genting Highlands tanpa usaha ... usaha yang bukan sedikit .... semua kudratnya dicurahkan untuk perniagaannya dan kini legasinya terus berkembang pesat ...



Ilmu Tangga Kemajuan .. moto SMT Setapak ini terngiang2 dibenak aku ... sekolah yang aku huni selama 5 tahun ... jasanya tetap dikenang ... sekolah yang best !!!




Selepas SPM aku memanjat tangga UUM ... bermula dengan matrikulasi, ijazah pertama dan MBA ... motonya juga sangat rapat dengan pendidikan ... Ilmu, Budi, Bakti ... mencari ilmu sebanyak mungkin dan mencurahkan semula ilmu itu untuk berbudi kepada anak bangsa dan seterusnya berbakti kepada negara ...
Kini, bertugas sebagai pendidik di Kolej Profesional MARA Beranang sejak 2005, yang mana sebelumnya aku di KPM Melaka .... dunia pendidikan dan aku begitu akrab .....









Thursday, April 8, 2010

Kereta Iswara untuk dijual..





engine tip-top, new sport-rim, cat metalik ....

Tahun 93

Harga : RM 7 000 ++ ( boleh nego.. )

Call : 019-6647880 ( cikgu Azlan )
boleh test drive ... ASAP.





Wednesday, April 7, 2010

Messi 'titik' Arsenal...


Lionel Messi nama yang cukup gah di arena bolasepak dunia telah menunjukkan ' taring ' dengan ledakan 4 gol sekaligus membenam Arsenal yang sekadar memperolehi satu gol ...
Malah, Arsene Wenger menganggap Arsenal telah dikerjakan oleh Messi seperti dalam permainan 'Play Station" ... kena titik tak ingat punya !!!














































Tuesday, April 6, 2010

Seminar Pendidikan MARA...

aturcara majlis ....


kelihatan rambut Dr. Amin ... hehehe ...

yang kecik kat rostrum tuh..en. Azmi Mohamad, TP/BPT sedang beri taklimat...


... 2, 3 & 4 Apr 2010, bertempat di GMI Bangi, seminar yang dihadiri tenaga pengajar dari KPM & KM berlangsung dengan aman sejahtera .... penceramah yang memberi input cukup hebat, adakah outputnya pula seperti yang diharapkan, entahlah....tajuk pulak "pengantarabangsaan pendidikan: harapan & cabaran" .... semoga segala perancangan menjadi kenyataan hendaknya ...










Monday, March 29, 2010

My second career...


ROD bakal tamat on 26 sept 2011...aku kena prepare documentation untuk sambung perkhidmatan...TATADEMMOT, gambaq 6 keping, surat sokongan & amik darah, BMI not more than 26 and not less than 19...kena jaga makan beb...

Wednesday, March 17, 2010

kalendar akademik


Thursday, February 18, 2010

secebis senyuman...


temuduga


Thursday, February 11, 2010

just sharing...


hasil nukilan saya tersiar di Utusan Malaysia pada 15 jan 2010.

Wednesday, February 10, 2010

muka buku....face book...


dah lama tak menjengah blog ni, sibuk melayan facebook jer...tu la dia penangan fb...kebanyakkan dari kita memang dah gian dan sukar untuk dipisahkan dengan fb...

tapi, perlu diingat...fb ni boleh diakses oleh semua orang...jadi kerahsiaan adalah sangat penting...jangan sampai semua perihal keluarga, gambar yang terlalu personal diupload tanpa limit....

cuba lihat fb bari satu sisi yang positif. jadikan ia sebagai madah kita bertukar2 fikiran, berkenalan, berkongsi maklumat dan mengeratkan silaturahim....banyak perkara baik yang boleh kita dapat dengan menggunakan fb nih...

don't forget, jaga2 sket ngan ayat yang hendak ditulis....jangan sampai menghina dan menyinggung perasaan orang lain...

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer