Sunday, April 11, 2010

Pendidik dalam dunia pendidikan ...


Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan, 2 benda alah ni memang menjadi teman karib aku...benda ni sentiasa sangkut kat poket, kalo pi makan kat kedai terbawak sekali....orang tau dah, ni mesti cikgu ni .......

sejak Ogos 2004, aku menyelami karier ini, .. melengkapi kerjaya kependidikan, aku meneruskan pengajian diploma pendidikan selama 2 tahun ... pegi balik maktab kat batu pahat ( sekarang tukar nama IPTHO ) ...

ditambah rezeki anak pertama, aku dapat pulak jadi part-time tutor di OUM pada 2005 sampai la ni .... ( aku ni orang Kedah celup...dok UUM 4 tahun ) .... mengajaq student yang lebih berumur dari aku, kekadang ada yang sebaya ngan mak dan abah aku ... masya-Allah, Allah Maha Kaya ... aku dapat menangani 'senior' student nih dengan baik ... alhamdulillah ...

Ada juga impian nak mengajar kat U ... dapat title Prof Madya Dr ........, siapa tahu impian jadi kenyataan ... cabarannya tentu lebih tough ... maka aku perlu menjadi tough juga ... lengkapkan ilmu didada, berusaha dan bertawakal .... insya-Allah ...

sebenaqnya, buat apa pun kat dunia ni kita perlu berusaha, jutawan seperti Bill Gates, berusaha siang malam untuk menghasilkan perisian komputernya dan beliau tidak pernah berhenti untuk berusaha meningkatkan kemampuan perisiannya walaupun dah kaya tak ingat ...

Lim Goh Tong juga tidak akan mampu menghidupkan kasino dan taman hiburannya di puncak Genting Highlands tanpa usaha ... usaha yang bukan sedikit .... semua kudratnya dicurahkan untuk perniagaannya dan kini legasinya terus berkembang pesat ...



Ilmu Tangga Kemajuan .. moto SMT Setapak ini terngiang2 dibenak aku ... sekolah yang aku huni selama 5 tahun ... jasanya tetap dikenang ... sekolah yang best !!!




Selepas SPM aku memanjat tangga UUM ... bermula dengan matrikulasi, ijazah pertama dan MBA ... motonya juga sangat rapat dengan pendidikan ... Ilmu, Budi, Bakti ... mencari ilmu sebanyak mungkin dan mencurahkan semula ilmu itu untuk berbudi kepada anak bangsa dan seterusnya berbakti kepada negara ...
Kini, bertugas sebagai pendidik di Kolej Profesional MARA Beranang sejak 2005, yang mana sebelumnya aku di KPM Melaka .... dunia pendidikan dan aku begitu akrab .....









MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer