Thursday, December 15, 2011

pemilikan aset bumiputera

dua tiga menjak ni dlm paper diberitakan mengenai pemilikan aset bumiputera yang jauh ketinggalan berbanding masyarakat asing (cina esp.). kajian menunjukkan bumiputera menghuni bumi malaysia lebih 60% tetapi pemilikan aset komersial tak sampai 5% pun...

jika diperhatikan, harga aset komersial (rumah kedai dan premis perniagaan) tak kurang RM500 ribu...nah! ada ke kebanyakkan orang melayu mampu beli? kalo yang keje gomen dah sah2 fikir nak beli rumah jer...peniaga2 melayu plak berapa kerat la yang dapat collection RM 1 juta sebulan...mungkin NAZA group, MK Land, Mydin..tapi diorang nih dah tahap 'dewa'...bagaimana dengan orang Melayu kebanyakkan?

kebanyakkan orang melayu hidup sederhana...jawatan PAR gred N1, pen.peg.tadbir gred N27, Guru gred DG41 dan sebagainya...berapa sangat pendapatan mereka ini...dengan kos hidup yang melambung tinggi...cukup2 makan sahaja...

cuba lihat peniaga Melayu..kalau berkesempatan berjalan ke gedung2 besar dan bernilai tinggi spt suria KLCC, Mid-Valley atau Bukit Bintang, dapatkah kita mencari mereka yang berbangsa Melayu...bukan memperkecilkan peniaga melayu ditempat lain tetapi perkara ini sudah cukup membuktikan kita tidak mampu bersaing dengan peniaga asing...

satu mekanisme perlu difikirkan oleh cerdik pandai kita untuk mengatasi permasalahan yang sangat merungsingkan orang Melayu...apa akan jadi pada masa depan orang Melayu andai suatu hari nanti orang melayu tiada apa2...hanya yang ada keris ditangan dan perbalahan politik yang tak sudah2...fikir-fikirkanlah...

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer