Sunday, December 28, 2008

doa awal tahun


hari ini 29 Dis, adalah awal Muharram bagi sekelian umat Islam. Ia bukan hanya cuti am semata-mata kendian lepak kat umah atau pegi shopping, tapi sebagai peringatan kepada kita bahawa tahun baru Islam baka menjengah tiba dan kita seharusnya berdoa ( doa awal tahun ) moga segala urusan dan perancangan untuk tahun hadapan berjalan lancar. Insya Allah.

Thursday, December 25, 2008

'WER' tersemat dalam kenangan abadi....

tanggal 24 Dis, lebih kurang pukul 4.00 petang, aku pasrah kehilangan nenek ku yang dipanggil 'wer' oleh cucu-cucunyer (termasuk lah aku) malah orang kampung memanggilnya dengan gelaran itu, menyahut seruan ilahi, pada usia 91 tahun. Tiba masanya untuk pergi. Kasihan melihat keadaannya. Bersendirian, tidak mampu berjalan namun beliau tabah mengharungi sisa-sisa kehidupannya. Kerusi roda dan tongkat menjadi teman setianya. Beliau mampu melakukan segala-galanya: memasak, mandi sendiri malah menonton drama melayu dan masih mampu membaca sarikatanya. Kurniaan Allah kepadanya membolehkan dia masih boleh bersembahyang 5 waktu, suatu petunjuk sebenarnya..mengapa kita yang sihat kadangkala lalai mengerjakan ibadat wajib itu..
Ya ALLAH, aku berdoa dan memohon nenek ku itu dimasukkan ke dalam golongan orang mukminin dan mendapat keberkatan dari MU..Amin.

Sunday, December 21, 2008

teringat ketika dulu...


sepurnama dulu aku pernah cuti tanpa rekod untuk hadir ke PUSWATAN bagi tujuan menuntut ilmu berkaitan tentera. Nama kursus Ketua Platun ini melengkapkan jawatan yang aku sandang kini sebagai Leftenan. Dan seperti biasa, latihannya amat mencabar sekali dan menguji ketahanan mental dan fizikal aku, yang dah lama tak buat keje2 cam tuh...
maybe tahun 2009, aku pegi kursus G3 plak...insya Allah.

Thursday, December 18, 2008

SATE! SATE!


Kepada sesiapa yang berminat nak sate, tapi takde masa nak buat.. sebab renyeh, sibuk keje, tak tau nak buat sate atau apa2 lah alasan korang....aku provide sate yang belum siap dibakar, nak bakar tu sendiri la...baru fresh, kan. pasal harga, kuantiti dan delivery..boleh contact no: 019-6637880 (zety). Dijamin sedap...

Monday, December 15, 2008

annual camp 08 di kem gemas


gambar kenangan bersama astros...tak tau bila boleh datang sini lagi..mungkin bila dah jadi komander kot...heheheheheh...berangan beb..

amik peluang tembak m203 launcher... syiok giler... peluru siap ikat kat pinggang lagi beb...



lawatan ke 21 RAD...nengok astros



pegang piala keseluruhan ngan 2 ic bn 1 Lt Kol. Ganase



bergambar ngan meriam 155mm...terasa kerdil diri ini...hehehee



bergambar ngan rakan2 depan PT91...


bergambar depan pintu gate 11 KAD...







Friday, December 12, 2008

semester break..

start from 22 Nov - 14 Dis, peluang untuk pensyarah bercuti panjang....student cuti sampai 8 januari...lagi lama. anyway, sepanjang cuti itu ari aku pegi annual camp start dari 23 Nov sampai 3 Dis kat kem Gemas. so, rej502 'berkampung' kat sana la kiranye...askar bila nak buat aktiviti apa lagi, haruslah ada acara wajib - iaitu menembak. tembak snap, lorong hutan & LTTI. pas tu merasa tembak M203 launcher, mortar 60mm, minimi, gpmg, lmg and of course senjata wajib...M-16. Aktiviti lain ialah pegi lawatan ke kem sekitarnye..iaitu 11 KAD, 51 RAD & 21 RAD. dapat nengok PT91, Astros, Meriam 55mm rasa bangga terdetik kat jiwa aku...betapa Malaysia ni sangat beruntung sebab ada jentera perang yang sangat canggih ni..gerunkan musuh..tengok laras PT91 jer boleh buat kecut perut ooo...belum tengok kehebatan astros dan meriam 55mm lagi....musuh lari lintang pukang ler...lain-lain aktiviti apa lagi, sukan. bola tampar, bola sepak & bola keranjang diungguli oleh batalion 1 manakala bola jaring batalion 3. so, pemenang keseluruhan disandang oleh batalion 1 la...apa lagi. last day ada malam akrab dan jemputan terdiri daripada CO's and officers dari kem berhampiran...yang aku tau, ada lebih 14 kem dalam kem gemas ni....banyak tuh....senang bila perang jer, kerah semua sekali..

balik dari annual camp, ari sabtu 6 Dis aku & family and keluarga mentua pegi Cherating selama 4 hari 3 malam melepak kat The Legend.....raya haji kitaorang sambut kat sana dengan ditemani hujan sepanjang hari...hehehe...kat masjid pagi raya tu memang banjir le..dan area kat sekitar tu memang naik air....kesian tengok penduduk kat situ....setiap kali bulan Dis, banjir....aku terpikir gak, pihak berkuasa buat apa?

start 15 Dis ni dah start keje balik...mesti ada la kursus kene pegi tu...samada dalaman ke atau atau kat hotel mana-mana....get life busy back.

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer