Monday, July 25, 2011

Menahan lapar dan beribadat

MINGGU DEPAN. Bulan mulia ini datang kembali. Bukan mudah. Berpuasa menuntut umat Islam berlapar dahaga bermula dari selepas masuknya waktu Subuh hingga terbenamnya mentari.

Puasa banyak fadilatnya. Sedekah jariah sangat2 melimpah ruah saat ini. Pahalanya berserakan dimana2. Semua orang sangat2 mendambakan untuk memberi sedekah pada bulan ini. Maka, yang gembira sudah tentu fakir miskin, mualaf dan anak2 yatim. Murah rezeki mereka.

Tambahan lagi, inilah masanya perut kita berehat. Sebelas bulan menerima segala macam makanan, bagilah "dia" release. Stress jugak perut kita asyik bekerja mencerna makanan. Macam mesin kat kilang...perlu jugak stop sekali sekala...kena servis...overhaul...

Sebenarnya, dengan berlapar, kita kurang bernafsu. Letih. Tak larat. Tapi bukan bermaksud tidur mesti lebih. Produktiviti pula berkurangan. Ini salah. Kita ambil pengajarannya disitu. Dosa2 kecil seperti mengumpat, mengkeji, mengadu domba, menonton benda bukan2, pergi ke tempat maksiat dsb sepatutnya tiada lagi dalam kamus kehidupan. Perkara ini delete. Full stop. Bulan Ramadhan adalah masanya kita berlatih dan latihan ini diteruskan sehingga ke bulan2 lainnya. Barulah dinamakan Muslim sejati.

Oklah, gua dah macam ustat plak..bukannya apa, ingat-mengingatkan...

SELAMAT BERPUASA.

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer