Sunday, April 18, 2010

Latihan Menembak 17 & 18 April 2010...

Nak balik dah...amik gambar dulu...
wajah ganas sebagai Pengasuh...panas hooo...


Siapa sangka, boleh Johan Menembak Jatuh Piring...kalahkan otai plak...

Dr. Loges from MMU (right)



aku sedang menggunakan kehebatan aku mengambil gambar sendiri..hehehehe...





kali ini aku menyuruh member merakam gambar aku plak...




adakah aku show-off...tidak! tembakan ini hanya untuk tengok 'setting' senjata peribadi anda berada dalam keadaan baik...dan penembaknya juga baik...tidak! aku tidak show-off....tidak !!!







Menembak memerlukan seluruh tumpuan dan komitmen terhadap sasaran. Ini termasuklah juga pernafasan dan kekuatan tangan. Keselamatan juga sangat dititikberatkan.






Aku teringat kata2 hikmat dari otai2..." Silap sesaat menderita seumur hidup ". Segala aspek keselamatan diambilkira tanpa kompromi...dan aku sentiasa memahat kata2 tersebut sepanjang aktiviti latihan dijalankan.





Sunday, April 11, 2010

Pendidik dalam dunia pendidikan ...


Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia pendidikan, 2 benda alah ni memang menjadi teman karib aku...benda ni sentiasa sangkut kat poket, kalo pi makan kat kedai terbawak sekali....orang tau dah, ni mesti cikgu ni .......

sejak Ogos 2004, aku menyelami karier ini, .. melengkapi kerjaya kependidikan, aku meneruskan pengajian diploma pendidikan selama 2 tahun ... pegi balik maktab kat batu pahat ( sekarang tukar nama IPTHO ) ...

ditambah rezeki anak pertama, aku dapat pulak jadi part-time tutor di OUM pada 2005 sampai la ni .... ( aku ni orang Kedah celup...dok UUM 4 tahun ) .... mengajaq student yang lebih berumur dari aku, kekadang ada yang sebaya ngan mak dan abah aku ... masya-Allah, Allah Maha Kaya ... aku dapat menangani 'senior' student nih dengan baik ... alhamdulillah ...

Ada juga impian nak mengajar kat U ... dapat title Prof Madya Dr ........, siapa tahu impian jadi kenyataan ... cabarannya tentu lebih tough ... maka aku perlu menjadi tough juga ... lengkapkan ilmu didada, berusaha dan bertawakal .... insya-Allah ...

sebenaqnya, buat apa pun kat dunia ni kita perlu berusaha, jutawan seperti Bill Gates, berusaha siang malam untuk menghasilkan perisian komputernya dan beliau tidak pernah berhenti untuk berusaha meningkatkan kemampuan perisiannya walaupun dah kaya tak ingat ...

Lim Goh Tong juga tidak akan mampu menghidupkan kasino dan taman hiburannya di puncak Genting Highlands tanpa usaha ... usaha yang bukan sedikit .... semua kudratnya dicurahkan untuk perniagaannya dan kini legasinya terus berkembang pesat ...



Ilmu Tangga Kemajuan .. moto SMT Setapak ini terngiang2 dibenak aku ... sekolah yang aku huni selama 5 tahun ... jasanya tetap dikenang ... sekolah yang best !!!




Selepas SPM aku memanjat tangga UUM ... bermula dengan matrikulasi, ijazah pertama dan MBA ... motonya juga sangat rapat dengan pendidikan ... Ilmu, Budi, Bakti ... mencari ilmu sebanyak mungkin dan mencurahkan semula ilmu itu untuk berbudi kepada anak bangsa dan seterusnya berbakti kepada negara ...
Kini, bertugas sebagai pendidik di Kolej Profesional MARA Beranang sejak 2005, yang mana sebelumnya aku di KPM Melaka .... dunia pendidikan dan aku begitu akrab .....









Thursday, April 8, 2010

Kereta Iswara untuk dijual..





engine tip-top, new sport-rim, cat metalik ....

Tahun 93

Harga : RM 7 000 ++ ( boleh nego.. )

Call : 019-6647880 ( cikgu Azlan )
boleh test drive ... ASAP.





Wednesday, April 7, 2010

Messi 'titik' Arsenal...


Lionel Messi nama yang cukup gah di arena bolasepak dunia telah menunjukkan ' taring ' dengan ledakan 4 gol sekaligus membenam Arsenal yang sekadar memperolehi satu gol ...
Malah, Arsene Wenger menganggap Arsenal telah dikerjakan oleh Messi seperti dalam permainan 'Play Station" ... kena titik tak ingat punya !!!














































Tuesday, April 6, 2010

Seminar Pendidikan MARA...

aturcara majlis ....


kelihatan rambut Dr. Amin ... hehehe ...

yang kecik kat rostrum tuh..en. Azmi Mohamad, TP/BPT sedang beri taklimat...


... 2, 3 & 4 Apr 2010, bertempat di GMI Bangi, seminar yang dihadiri tenaga pengajar dari KPM & KM berlangsung dengan aman sejahtera .... penceramah yang memberi input cukup hebat, adakah outputnya pula seperti yang diharapkan, entahlah....tajuk pulak "pengantarabangsaan pendidikan: harapan & cabaran" .... semoga segala perancangan menjadi kenyataan hendaknya ...










MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer