Thursday, October 13, 2011

Serai oh serai

Cara Penanaman Serai

Hari nie aku nak kongsi ngn semua orang cara penanaman yang yang biasa di praktik kn aku.Orang lain punya cara aku tak taw lh cam ner kn..Aku cuba explore cara yang terbaik untuk dapatkan hasil yang maksimum..Nanti aku post untuk korang k.
1)Membuat lining mengunakan ukuran 2’ X 3’.Jarak ini dapat memaksimumkan hasil tuaian.Anda juga boleh menanam mengikut ukuran 3’ X 4’.

2)Untuk satu ekar tanah anda boleh menanam sebanyak 7216 lubang.2 batang bagi setiap lubang.

3)Kebiasaanya bagi 1KG benih serai mengandungi 22 batang mngikut gred benih tersebut.

4) Oleh itu satu ekar tanah memerlukan 656 KG benih serai.
Pengiraan:
7216 lubang X 2 batang = 14432 batang
14432 batang / (22 batang /kg) = 656 kg

Thursday, October 6, 2011

tolong hormat sket..

sebagai guru, aku berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia yang dipanggil "pelajar". Di KPMB, aku berhadapan dengan pelajar dari kalangan lepasan SPM. Di OUM, kebanyakkan pelajar sebaya atau lebih berumur dari aku.

Kadangkala, tekanan untuk mendidik ini bukan semudah yang disangka. Masuk kelas keluar kelas. Tapi process in between di dalam kelas membuatkan seseorang guru terpaksa menggunakan strategi yang pelbagai dalam menangani pelajar yang mempunyai seribu satu "peel".

Aku berdoa kepadamu ya-Allah....tabahkan hatiku dan teguhkan imanku...atas dugaan yang diuji terhadap diriku.

Sunday, October 2, 2011

Pelancaran Askar Wataniah Peringkat Negeri Selangor

3 oktober, ahad yang lalu...aku berada di lokasi SMK Telok Panglima Garang, Banting...

tujuannya, aku turut terlibat di dlm perbarisan 'statik' selaku ajutan perbarisan (itu yang diumumkan oleh MC)...tapi sebenarnya aku jadi ketua kontigen ke-5...cam biasa, perintah dalam askar ni berubah sekelip mata...

so, acara selain perbarisan:
1. pemakaian kolonel kehormat kepada SUK Selangor, Dato' Khusrin
2. perasmian oleh TPTD, Lt Jen Dato'Seri Panglima Hasbullah
3. pameran ketenteraan oleh komando, PARA dan unit-unit lain
4. persembahan TATU
5. makan tengahari sambil tengok nyanyian oleh KOMBO AW dari RS
6. bergambar ngan komando
7. borak-borak...gelak2...
8. kemaskan barang...
9. sign attendance ( elaun)...
10. start keta MYVI kul 3.30 petang...balik.

anggota 502 dengar kata ada lebih kurang 2000 lebih tapi yang mari ari tuh 300 lebih jer...kononnya dah mencapai target 70%...tapi jumlah sebesar tu tak tolak lagi yang tak aktif, ROD tak sambung, hilang entah kemana, dan macam2 alasan lagi....akhirnya kena pinjam anggota dari siri 508 & 505...well, takpelah...kita kan dibawah satu bumbung....

keaktifan dalam AW sebenarnya tidak mudah disangka, terutamanya dalam kehadiran setiap kali latihan...

kalo seorang pekerja alasannya ialah:
1. bos tak bagi cuti
2. ada program lain..kursus ke seminar ke...

kalau student alasannya ialah:
1. ada assignment nk kene wat
2. nak prepare utk test / quiz
3. ada program akademik lain..

semuanya bergantung kpd individu tu, kalo betul dia berminat ngan AW...takde masalah attendance...macam aku ni pun...suam2 kuku jer...hehehehe...

aku sebenarnya minat ngan AW nih...dapat gak sarung pakaian celoreng, menembak atau melawat kem2 tentera unit yang lain disamping dapat ramai kenalan baru...tambah pulak, ada elaun...siapa nak bagi...selagi termampu, aku cuba la terus aktif....semuanya berbalik kepada rezeki dari Allah s.w.t...

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer