Wednesday, October 4, 2023

Bakat anak2..


 Aca paling byk masuk aktiviti sekolah..antaranya menari, baca sajak, MC, perbarisan sukan dan chess..

Sebagai parents, aku galakkan anak2 aktif di sekolah..ni semua pengalaman yang tak dapat dijual beli..selagi bersekolah, kutip segala pengalaman yang ada...kadangkala benda2 ni bermanfaat sewaktu menjalani kehidupan yang mendatang..we'll never know...

"Kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah juga turut memainkan peranan dalam melahirkan warganegara yang mempunyai nilai sivik dalam kehidupan seharian. Dalam sistem pendidikan negara, kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. 

Kokurikulum mempunyai peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Kokurikulum adalah kegiatan berkumpulan yang diadakan diuar bilik darjah atau diluar wwaktu pembelajaran yang memberi peluang kepada murid-murud untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum juga turut ditekan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988.

 Matlamat falsafah pendidikan kebangsaan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang, harmonis, bertanggungjawab, berketerampilan dan sebagainya. Kokurikulum merangkumi badan unit beruniform, kelab atau persatuan dan sukan permainan. 

Ketiga-ketiga elemen dalam kokurikulum ini berperanan dalam membantu melahirkan warganegara yang mempunyai nilali sivik dalam kehidupannya."

kredit to: http://lukmanganu.blogspot.com/2014/09/peranan-kokurikulum-di-sekolah_2.html

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer