Sunday, February 12, 2012

Perbetulkan fakta itu...


Semalam (ahad 12 feb) secara tak sengaja aku tekan channel History (555). Nak tengok channel 411, 412 dan 413 menyemakkan minda aku aje....asyik2 movie yg sama. Apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang rancangan kat History channel ni kekadang boleh MENYESATKAN akidah orang Islam especially remaja dan kanak2. The History of the world in two hours...tu la tajuk citernye.
sebenarnya penceritaan dalam rancangan tu mengisahkan bagaimana dunia ini terjadi bermula dari letupan besar - Big bang, kemudian mencetuskan berjuta bakteria dan seterusnya proses evolusi berbillion tahun berlaku lalu membentuk hidupan di atas muka bumi.

Diceritakan juga manusia berevolusi dari beruk? (teori charles darwin)..dan proses evolusi berlaku lagi sehingga manusia jadi cerdik, pandai buat itu ini, zaman ais...bla..bla...

tapi sebagai orang Islam kita percaya bahawa manusia itu di mulai dengan penciptaan ADAM dan HAWA lalu baginda diturunkan ke bumi dan akhirnya manusia beranak pinak dan bertebaran di muka bumi. Orang Islam wajib percaya akan fakta ini.

lalu, apabila rancangan History channel tadi disiarkan, saya merasakan apa pula pendapat kanak2 dan remaja yang masih belum mantap akidahnya? bagaimana penerimaan mereka terhadap rancangan tersebut? yang menjadi tanda tanya, apa peranan pihak berkuasa dalam menapis siaran TV berbayar seperti itu? Atau Malaysia telah mula menerima konsep kebebasan dalam pendidikan? Cuba ingat sikit...Malaysia adalah negara ISLAM majoritinya.

Kalau nak dikaitkan dengan isu murtad yang bermaharajalela sekarang nih, memang tak patut betul ada siaran yang macam nih...tak lama dulu ada siaran yang bertajuk Bible: The last testament.....yang akan datang...The art of christianity...tak ke haru...

Minta tolong pihak berkuasa yang berkenaan check balik mana yang patut...media kita banyak sekali dipengaruhi oleh unsur2 kristianiti samada sedar atau tidak...disogok lagi dengan hiburan tahap melampau...orang politik pulak kerjanya heboh mengata orang itu salah orang ini betul...bukan nak fokus buat program keislaman ke belia ke....

TOLONGLAH...KEMBALI PADA ISLAM YANG SEBENAR.

Thursday, February 2, 2012

Wednesday, January 4, 2012

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer