Thursday, September 16, 2021

Alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran kepada Allah..


 Alhamdulillah..perjalanan menuntut ilmu ini sampai ke penghujungnya..syukur kepada Allah..

Perjalanan ini tidak mudah..bagi yang pernah melaluinya sahaja yang bisa berbicara tentangnya..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam..aku hanyalah hambamu yang kerdil ya Allah..

Kau berikanlah aku kekuatan agar dapat meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini dengan limpahan rahmat Mu, lindungi diriku daripada sifat hasad dengki dan berkatilah kehidupan ku agar pabila tiba saatnya nanti, dapatlah kiranya menjadi tetamu di syurgamu, ya Allah.

Tuesday, August 31, 2021

smpweb ukm aku..

 semalam dok belek2 smpweb ukm...nak tengok jika ada makluman atau sekadar nak menjengah kembali laman web sebagai student..

bila terkenang kembali, perjalanan sebagai pelajar kedoktoran ni tidak mudah...tambahan lagi, aku buat secara part-time..mana kerja lagi, mana writing lagi...

aku bersyukur padamu ya Allah atas kurniaan ini...semoga aku terus berlindung di bawah limpahan rahmat mu ya Allah dan menuju husnul khatimah yang diimpikan..amin

kadangkala, pelbagai perasaan yang kurang enak menekan jiwa..namun jika kita kembali pada Nya, ketenangan bakal diperoleh..semuanya atas ketentuan Allah..

Hantar tesis ke pejabat GSB


komen daripada penyelia pertama: Dr Rasidah Arshad


Komen daripada Penyelia kedua: Dr Ida



cebisan laporan daripada kedua2 penyelia akademik aku..alhamdulillah






Monday, August 16, 2021

Alhamdulillah..correction aku dah lulus..


 Apabila hasil kerja warkah ini dihasilkan sendiri..

1. baca jurnal sendiri

2. belajar PLS sendiri

3. usaha sendiri

4. lu pikir la sendiri...hehehe

maka, sudah tentulah perasaan yang tidak terucap apabila menerima correction report ini...segalanya dari Allah..yang mampu aku ucap..Alhamdulillah. 

Tuesday, December 29, 2020

Perjalanan kehidupan melalui pengalaman...


Aku melalui suatu pengalaman baru dalam hidup aku..VIVA VOCE

Pengalaman ini memang tak pernah aku alami..tak tau nak describe macam mane..seram ada..takut ada..macam2 perasaan..

waktu bertukar waktu, maka saatnya telah tiba..

perjalanan ini sangat sukar, hanya yang pernah melaluinya sahaja yang tahu..

bermula dengan jalan yang segelap-gelapnya..perlahan2 disuluh oleh penyelia di tengah perjalanan, namun perjalanan di hadapan tetap penuh liku dan ranjau..berseorangan mencari jalan pulang, disuluh lagi oleh penyelia, namun masih penuh dengan kesamaran

perjalanan ini tetap aku gagahi, walau sendiri 

merangkak, jatuh, bangun semula, jatuh

terbiar sepi, bangkit semula...

perjalanan yang sangat jauh, umpama menempuh
sesuatu yang tiada hujung pangkal

akhirnya, cahaya semakin kelihatan di hadapan sana
makin jelas cahayanya

dan kini aku telah nampak arah tuju jalan itu

bahawa jalan ini memapah aku kembali kepada-Nya
aku bersyukur

aku rapatkan diri dengan tahajud
pautkan hati untuk qabliyah subuh di masjid

jalan ini sebenarnya mendekatkan aku kepada Pencipta ku
Dia maha pemberi rezeki
alangkah indah, kesyukuran ini aku pohon kepadaMu
agar aku terus menjadi insan bertaqwa 
semoga nanti, kembali ke sana 
menuju hakikat sebenar




VIVA VOCE 30 Dis 2020...jam 10 pagi through online MS TEAMS..terpahat dalam kenangan

ya Allah..permudahkan urusan hambamu ini
 

Monday, September 7, 2020

ajar anak fasa PKP..



Fasa PKP menyebabkan sekolah ditutup. Apabila sekolah ditutup, anak-anak akan banyak menghabiskan masa di rumah. Bagi ibu bapa yang telah bersedia dan memahami situasi ini, mereka menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi memastikan anak terus belajar dari rumah. Namun begitu, cabaran belajar dari rumah amat banyak sekali. 

Pertama, anak-anak terdedah dengan pelbagai gajet seperti televisyen, tablet, komputer atau handphone.

Kedua, ibu bapa pula sibuk dengan urusan di rumah seperti mengemas, memasak, membeli barang dapur dan sebagainya. 

Atas situasi ini, proses pembelajaran anak-anak pasti akan terganggu. Tambahan lagi, ibu bapa yang mengamalkan sikap berlembut atau tidak mengambil kisah  akan menyebabkan anak-anak mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Semakin lama keadaan ini berlanjutan, semakin hilanglah tumpuan anak terhadap pembelajaran.

Oleh itu, ibu bapa digesa mengambil pendekatan yang lebih kreatif dalam menyuburkan kembali minat anak-anak terhadap pembelajaran. 






Monday, August 24, 2020

debaran viva..

 akhirnya...dapat submit tesis...16 Julai 2020


tapi debaran masih belum reda..VIVA VOCE masih ada...menanti penuh kerisauan, betul lah kata pujangga, penantian suatu penyiksaan..

bila sesuatu benda yang kita harapkan di masa akan datang...

contohnya,

 menunggu bas bila la nak sampai?

menunggu keputusan SPM, berapa A la dapat?

menunggu panggilan interview, dapat ke idok?

menunggu tarikh kelahiran anak...

dan kini, menunggu tarikh viva..fuhh...rasa dia ada satu macam..




Wednesday, April 15, 2020

Presentation guna YouTube bagi subjek FIN3583 Banking & Insurance

Fuh..ini pengalaman kali pertama bagi semua orang..kena Lock Down dok rumah tak boleh ke sekolah, pergi keje, pegi masjid atau pegi mana2 aje...rasa macam tahanan dalam rumah pulak..hehehe..keluar pun setakat nak beli lauk kat Zemart..

Dah berminggu2 ni aku keje dari rumah...tambah pulak bab mengajar dari rumah..apa lagi..kena la pakai online teaching..hahaha

Actually, byk option yg boleh digunakan utk online teaching..kahoot, quizizz, youtube, webinar, socrative, powerpoint..bla..bla..pakai la mana suka..janji student boleh terima dan apply..

Tapi, kadang2 kesian juga...tak semua stdnt ada capaian internet yg bagus kat rumah masing2..



Tapi, tak mengecewakan..mungkin stdnt zaman millenium ni lebih advance..diorg dah expose ngn media sosial...maka terhasillah presentation thru youtube..

sempoi jugak cara ni..walaupun dok rumah masing2..diorg still boleh buat...tahniah!!



Tajuk: Risk Management

Kelas 6D

Group 1: https://youtu.be/g1j1JU7vKs8

1. Nur Hidayah
2. Nurin Hanim
3. Ku lutfirahman
4. Muhammad Thaqif
5. Muhammad Hakim

Group 2: https://youtu.be/Gvw7CcRSo5k

1. Ahmad Aqil
2. Ammar Arriff
3. Nik Nur Qamarina
4. Aimi Arina

Group 3: https://youtu.be/BXnvKYvQlrw

1. Hani Umyrah
2. Nuraisyah Azmir
3. Nur Farhana Imana
4. Amylia Natasha
5. Aufa Adlan

Group 4 : https://youtu.be/Lr5t2fs57yg

1. Ahmad Zulfadhli
2. Muhamad Haziq Imran
3. Nur Farnisa Shamira
4. Wan Nur Amanina

Group 5 : https://www.youtube.com/watch?v=_DfMbn_fo-Y&rel=0&utm_source=broadcast&utm_medium=email&utm_campaign=Transactional-Publish-success

1. Alia Atiqah
2. Muhammad Hazim
3. Muhammad Hazwan
4. Muhammad Ikhmal
5. Muhammad Haziq



Kelas 6E

 1. https://youtu.be/DtZH9pqR7OY
2. https://youtu.be/9c8mzbGrQEc
3. https://youtu.be/wVcP4FeFUzM
4.https://youtu.be/kcCfIjFDlX8
5. https://youtu.be/3LzytDmDryg

Kelas 6F

1. https://youtu.be/9eUsCFAjIC4
- Sofia Adriana
- Aiman Najihah
- Nur Izzah Shuhadah
- Syaza Najieha
- Nur Farah Atiqah

2. https://youtu.be/T6eD51w1aDA
- Aimi Amirah binti Abdullah
- Nor Hasyira binti Mahamad Sapian
- Ainaa Syerlynna binti Amran
- Nor Nabila binti Ahmad Nordin
- Hanis Syuhada binti Suhaimi

3. https://youtu.be/zh0xI655lcs
- Hazwani Nabihah
- Nur Aqilah Zafirah
- Ras Nilam Karmila
- Nur Hana
- Nur Izzah Afrina
 4. https://youtu.be/KYmHXyyhPBg
-ammar
-lutfan
-faris
-thaqif
-hazim

5. https://youtu.be/txNUzmC0EOE
- Puteri Iman
- Amira Natasha
- Allya Yasmin
- Nurul Hazirah
- Fatin Hanani

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer