Monday, October 12, 2026

idea inovasi pelajar dalam pertandingan IRISE UiTM

 anti bullying button

Buli adalah perlakuan yang menindas mangsa (victim) sehingga boleh menyebabkan kesan buruk seperti kecederaan dan kematian. Malah, terdapat juga buli secara emosi atau siber. Walau apa pun bentuk buli, pelaku (perpetrator) mempunyai niat buruk ke atas mangsa dan dianggap sebagai jenayah boleh disabitkan di bawah Akta Antibuli 2026 (Akta 876). 

Hari demi hari, terdapat kes-kes buli yang dilaporkan di media massa seolah-olah menggambarkan tiada kesudahannya. Episod buli telah lama menghantui hati nurani rakyat Malaysia. Antara kisah buli yang tragis seperti Zulfarhan dan Qistina Zara menyebabkan warga Malaysia berasa amat terkesan dan bersimpati ke atas mangsa dan berasa geram yang amat sangat atas perlakuan pembuli. 

Tindakan perlu diambil segera bagi membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Pihak yang berkenaan perlu menyelidiki sehingga ke akar umbi 'barah' punca utama berlakunya buli. Kefahaman awal penting bagi memastikan tindakan yang sewajarnya boleh diambil bagi membendung perlakuan buli. Ini adalah kerana, buli tidak mungkin boleh terjadi andai pelaku tidak mempunyai peluang langsung untuk berniat atau melakukan perbuatan buli. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menjadikan Malaysia sebuah negara sifar buli, seperti berikut:

Semua pihak wajar berganding bahu dan menyinsing lengan bagi sama-sama memastikan tiada langsung peluang terjadinya buli. Antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan menggunakan peralatan pencegahan buli (bully awareness kit) bagi membolehkan mangsa menghubungi pihak berkuasa sama ada warden atu polis bagi mengekang kejadian buli bertambah parah. Pengesanan awal adalah penting bagi menyelamatkan nyawa mangsa. Pihak berkuasa dapat tiba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima aduan secara terus daripada mangsa tanpa disedari oleh pelaku. 

Selain itu, kebanyakkan kawasan seperti asrama, tandas atau kelas harus dilengkapi CCTV yang tersembunyi bagi mengenalpasti lokasi kejadian buli dengan lebih tepat dan boleh dijadikan bahan bukti utama oleh pihak berkuasa.

Tindakan yang lebih tegas iaitu bayaran pampasan sehingga RM250K juga adalah salah satu isyarat buat ibubapa pelaku supaya memastikan anak-anak mereka tidak terlibat sebagai pelaku buli. Pendekatan ini mampu membuatkan ibubapa sentiasa memantau tingkahlaku dan memberi peringatan yang kerap kepada anak-anak supaya tidak terlibat dalam amalan buli.

Begitu juga, pihak kerajaan melalui MMC dapat menjalin kerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi mengekang masuk apa sahaja laman web sosial atau permainan video yang berunsur keganasan agar tidak menjadi ikutan generasi muda. Anasir-anasir jahat dan buruk ini seharusnya dijauhkan daripada tatapan mereka agar pewaris negara ini tidak terikut-ikut dengan tingkahlaku ganas dalam minda mereka.

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang positif berkenaan konsep hormat-menghormati, kasih sayang sesama insan dan menyemai sifat tolak ansur dalam hdup bermasyarakat dalam diri pelajar.

Akhir sekali, penyelesaian kepada masalah buli tidak akan dapat diselesaikan selagi segala bentuk hukuman atau denda tidak disulami dengan perubahan tingkahlaku manusiawi yang syumul.


Sunday, September 20, 2026

Penyertaan dalam sukan MARA sebagai player DART MARA Selangor

bertempat di negeri Indera Kayangan, aku diajak sekali lagi sebagai pelayer Dart mewakili MARA Selangor. Dari 30 Ogos - 3 Sept, berkampunglah kami di sinun.

Kelayakan melepasi grup dan masuk suku akhir berjumpa MARA Melaka seolah menggamit kejohanan yang lalu..namun biasalah, adat kalah atau menang dalam pertandingan. Yang penting, dapat jumpa semula rakan2 DIP ED..ex pelajar yang dah jadi staf MARA, rakan2 baru dan lama yang seangkatan...

Dapat juga ke utara makan sedap2, tiada traffic jam yang serabut, kiri kanan bendang menghijau..fuh tenang aje...

lagi 2 tahun katanya NS tuan rumah, dekat la jugak ngn rumah..umur pun dah masuk 50 tahun..tua rasanya...hahaha





Monday, September 14, 2026

Penyertaan dalam pertandingan buku digital BUKM

 Alhamdulillah..mengembangkan bakat dalam penghasilan buku digital..semoga memberi manfaat





Tuesday, July 14, 2026

Kakak dah year 2 MBBS 15 Julai 2026

 Tadi exam last dia for year 2..next year clinical pulak, terus praktis di hospital..akak kuat semangat dan rajin belajar sejak kecil...semoga menjadi ikutan dan contoh teladan yang baik untuk adik2 dia..kak ngah & adik sama2 berjaya..kami sebagai parents sgt bangga dengan kejayaan kalian..




Wednesday, June 17, 2026

MGT2693 FOSM SESI 1 2026/2027

DBS6D ASSIGNMENT:

MED AID PHARMACY

TODAK ACADEMY

MIXWELL GARAGE

YCB BAKERY

Menjalankan perniagaan bukanlah semudah yang disangka. Perniagaan tidak hanya setakat mempunyai modal atau produk yang menarik tetapi juga memerlukan pengamatan seseorang pemilik perniagaan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT). Analisis bagi setiap elemen ini perlu dilakukan dengan penuh teliti, cekap dan berkesan. Ini adalah bagi memastikan tiada perkara penting yang terlepas pandang dan tidak diambil berat dalam pembuatan keputusan kelak.

Pembuatan keputusan hasil daripada maklumat yang terlalu fragile akan menyebabkan tindakan dan strategi yang bakal dilaksanakan tidak mencapai output yang maksimum malah mampu pula merugikan perniagaan. Telah banyak kajian kes yang dapat diperhatikan berkenaan perniagaan dan syarikat-syarikat besar yang mengalami kejatuhan dan bankrap. Tambah menyedihkan, kebanyakan perniagaan ini tidak mampu lagi bangkit dan terus hilang daripada industri. 

Friday, June 12, 2026

Percutian di Pulau Pangkor sempena cuti Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah

 










Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama keluarga telah merancang bercuti di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam.

Kami bertolak seawal 11.15 pagi. Perjalanan tambah menyeronokkan dengan berhenti seketika di R&R Elmina untuk makan tengahari. Kami menuju ke Lumut dengan melalui Lebuhraya WCE.

Sesampai di Lumut, kami bergegas untuk menaiki feri pada pukul 6.15 petang. Setibanya di Pulau Pangkor, kami mendaftar masuk di hotel penginapan.

Aktiviti kami di Pulau Pangkor bermula seawal pagi keesokan harinya dengan menyewa bot laju yang membawa kami ke pelusuk pulau yang berhampiran. Malah, kami juga sempat berendam dan berenang2 di kawasan pulau tersebut.

Keesokan hari, sementara menunggu feri pada pukul 1.00 petang untuk ke Lumut, kami sempat singgah di Kilang memproses sotong kering dan membeli jajan untuk dibawa pulang. Juga kami melawat masjid2 yang terdapat di situ. 



Thursday, June 11, 2026

Perlantikan sebagai Ketua Hakim pertandingan KV Skills Zon Selatan 2026

 


11 Jun 2026 - Aku telah dijemput sebagai Ketua Hakim bagi pertandingan KV Skills 2026 bertempat di KV Kajang. Satu pengalaman baru yang sangat unik kerana pengajian diploma pengurusan perniagaan juga boleh dinilai dalam bentuk soft skills iaitu pengendalian dokumen dan urusan yang lazimnya dilakukan oleh pegawai yang menguruskan pejabat sebagai contoh setiausaha pejabat, pembantu tadbir atau kerani. Ia memerlukan ketelitian kerana kesilapan dalam menguruskan dokumen-dokumen penting sesebuah organisasi boleh menyebabkan huru-hara dan kekeliruan. Ia adalah akar kepada perjalanan organisasi yang berkesan. Apabila dokumen keluar masuk direkodkan dan dikemaskini dengan sistem yang teratur, maka segala pembuatan keputusan akan menjadi lebih lancar dan efisien.









MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer