Tuesday, January 20, 2009

BERSYUKUR PART 1...

kali ni tetiba aku nak bawak citer pasal bersyukur, sebab kadangkala kita tak nak bersyukur atas kehidupan yang dikurniakan oleh Allah swt...kita diberikan hak menghirup udara segar, menikmati pemandangan indah dan menjalani kehidupan dengan sejahtera...yang sepatutnya disyukuri oleh kita semua...tapi, adakah kita bersyukur? Kita sentiasa berfikiran nakal seperti...kenapalah aku asyik tak cukup duit, tengok si ahmad tu...pakai keta v6, pandainya si minah ni, apasal la aku tak kaya-kaya.....
pemikiran seperti ini menjadikan kita semakin jauh untuk mengangkat tangan mensyukuri nikmat Allah swt....kita makin lupa kepada-Nya, sembahyang 5 waktu on off....zikir jauh sekali, ibadat sunat yang lain....hmmm......
begitu juga dengan kurniaan rezeki hasil kerja makan gaji atau bisnes...selain kerja keras, kita jangan sesekali lupa untuk bersyukur....kerana aktiviti harian tersebut kita lakukan sebagai satu ibadah dan bukanlah semata-mata untuk mengejar kemewahan duniawi...nak beli keta V6, duduk rumah semi-D, pegi melancong ke luar negara setiap tahun...Bandung, Bali, Medan, US dan Eropah...tanpa ada rasa syukur, kita lupa untuk bersedekah, lupa kesengsaraan umat Islam di mana-mana....kita rasa bongkak dengan simpanan duit "berkoyan-koyan" dalam ASB atau unit trust...dan terus menghitung hari bagaimana akhirnya duit tersebut akan menjadikan kita bertambah kaya raya suatu hari kelak....dan ketika itu...rumah semi-D yang sedia besar diperbesarkan lagi, perabot di ganti dengan yang lebih empuk dan mahal lagi berkilat, kereta dibeli pada kos tak kurang RM 200K, melancong lagi, membeli belah sana sini, kemewahan dipamerkan dan bermacam angan lagi yang kita fikirkan.....namun perkataan syukur "lenyap" dari kamus kehidupan kita...alangkah kejamnya kita, segala yang kita dapat tidak mahu dibalas dengan mengucapkan syukur kepada-Nya...kerana kita harus selalu beringat, nikmat tersebut boleh dirampas dari kita pada bila-bila masa...ia bukan milik abadi kepunyaan kita....kita sebagai pemegang amanah dan tanggungjawab dan akan dinilai atas apa yang telah kita kerjakan.....

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer