Aku melalui suatu pengalaman baru dalam hidup aku..VIVA VOCE
Pengalaman ini memang tak pernah aku alami..tak tau nak describe macam mane..seram ada..takut ada..macam2 perasaan..
waktu bertukar waktu, maka saatnya telah tiba..
perjalanan ini sangat sukar, hanya yang pernah melaluinya sahaja yang tahu..
bermula dengan jalan yang segelap-gelapnya..perlahan2 disuluh oleh penyelia di tengah perjalanan, namun perjalanan di hadapan tetap penuh liku dan ranjau..berseorangan mencari jalan pulang, disuluh lagi oleh penyelia, namun masih penuh dengan kesamaran
perjalanan ini tetap aku gagahi, walau sendiri
merangkak, jatuh, bangun semula, jatuh
terbiar sepi, bangkit semula...
perjalanan yang sangat jauh, umpama menempuh
sesuatu yang tiada hujung pangkal
akhirnya, cahaya semakin kelihatan di hadapan sana
makin jelas cahayanya
dan kini aku telah nampak arah tuju jalan itu
bahawa jalan ini memapah aku kembali kepada-Nya
aku bersyukur
aku rapatkan diri dengan tahajud
pautkan hati untuk qabliyah subuh di masjid
jalan ini sebenarnya mendekatkan aku kepada Pencipta ku
Dia maha pemberi rezeki
alangkah indah, kesyukuran ini aku pohon kepadaMu
agar aku terus menjadi insan bertaqwa
semoga nanti, kembali ke sana
menuju hakikat sebenar
ya Allah..permudahkan urusan hambamu ini
No comments:
Post a Comment