Fasa PKP menyebabkan sekolah ditutup. Apabila sekolah ditutup, anak-anak akan banyak menghabiskan masa di rumah. Bagi ibu bapa yang telah bersedia dan memahami situasi ini, mereka menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi memastikan anak terus belajar dari rumah. Namun begitu, cabaran belajar dari rumah amat banyak sekali.
Pertama, anak-anak terdedah dengan pelbagai gajet seperti televisyen, tablet, komputer atau handphone.
Kedua, ibu bapa pula sibuk dengan urusan di rumah seperti mengemas, memasak, membeli barang dapur dan sebagainya.
Atas situasi ini, proses pembelajaran anak-anak pasti akan terganggu. Tambahan lagi, ibu bapa yang mengamalkan sikap berlembut atau tidak mengambil kisah akan menyebabkan anak-anak mengambil kesempatan atas kelemahan ini. Semakin lama keadaan ini berlanjutan, semakin hilanglah tumpuan anak terhadap pembelajaran.
Oleh itu, ibu bapa digesa mengambil pendekatan yang lebih kreatif dalam menyuburkan kembali minat anak-anak terhadap pembelajaran.
No comments:
Post a Comment