Wednesday, June 17, 2026

MGT2693 FOSM SESI 1 2026/2027

DBS6D ASSIGNMENT:

MED AID PHARMACY

TODAK ACADEMY

MIXWELL GARAGE

YCB BAKERY

Menjalankan perniagaan bukanlah semudah yang disangka. Perniagaan tidak hanya setakat mempunyai modal atau produk yang menarik tetapi juga memerlukan pengamatan seseorang pemilik perniagaan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT). Analisis bagi setiap elemen ini perlu dilakukan dengan penuh teliti, cekap dan berkesan. Ini adalah bagi memastikan tiada perkara penting yang terlepas pandang dan tidak diambil berat dalam pembuatan keputusan kelak.

Pembuatan keputusan hasil daripada maklumat yang terlalu fragile akan menyebabkan tindakan dan strategi yang bakal dilaksanakan tidak mencapai output yang maksimum malah mampu pula merugikan perniagaan. Telah banyak kajian kes yang dapat diperhatikan berkenaan perniagaan dan syarikat-syarikat besar yang mengalami kejatuhan dan bankrap. Tambah menyedihkan, kebanyakan perniagaan ini tidak mampu lagi bangkit dan terus hilang daripada industri. 

Friday, June 12, 2026

Percutian di Pulau Pangkor sempena cuti Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah

 









Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama keluarga telah merancang bercuti di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam.

Kami bertolak seawal 11.15 pagi. Perjalanan tambah menyeronokkan dengan berhenti seketika di R&R Elmina untuk makan tengahari. Kami menuju ke Lumut dengan melalui Lebuhraya WCE.

Sesampai di Lumut, kami bergegas untuk menaiki feri pada pukul 6.15 petang. Setibanya di Pulau Pangkor, kami mendaftar masuk di hotel penginapan.

Aktiviti kami di Pulau Pangkor bermula seawal pagi keesokan harinya dengan menyewa bot laju yang membawa kami ke pelusuk pulau yang berhampiran. Malah, kami juga sempat berendam dan berenang2 di kawasan pulau tersebut.

Keesokan hari, sementara menunggu feri pada pukul 1.00 petang untuk ke Lumut, kami sempat singgah di Kilang memproses sotong kering dan membeli jajan untuk dibawa pulang. Juga kami melawat masjid2 yang terdapat di situ. 



Thursday, June 11, 2026

Perlantikan sebagai Ketua Hakim pertandingan KV Skills Zon Selatan 2026

 


11 Jun 2026 - Aku telah dijemput sebagai Ketua Hakim bagi pertandingan KV Skills 2026 bertempat di KV Kajang. Satu pengalaman baru yang sangat unik kerana pengajian diploma pengurusan perniagaan juga boleh dinilai dalam bentuk soft skills iaitu pengendalian dokumen dan urusan yang lazimnya dilakukan oleh pegawai yang menguruskan pejabat sebagai contoh setiausaha pejabat, pembantu tadbir atau kerani. Ia memerlukan ketelitian kerana kesilapan dalam menguruskan dokumen-dokumen penting sesebuah organisasi boleh menyebabkan huru-hara dan kekeliruan. Ia adalah akar kepada perjalanan organisasi yang berkesan. Apabila dokumen keluar masuk direkodkan dan dikemaskini dengan sistem yang teratur, maka segala pembuatan keputusan akan menjadi lebih lancar dan efisien.









Sunday, April 26, 2026

Kembali berinovasi dengan penyertaan dalam IRISE 2026

 Alhamdulillah..

penyertaan pelajar KPMB dalam IRISE 2026 menambah lagi koleksi aku dalam pertandingan inovasi. Dari kelas aku sendiri, sebanyak 16 kumpulan yang memperolehi pengiktirafan GOLD (4 kumpulan), SILVER (9 ) dan BRONZE (3 ). 





Tuesday, January 20, 2026

Anak Jantan...keluar!!


 Seketika dulu, dalam dewan MAS, Lt Kol Prof Madya Dr Fawzi Basri dengan gegak gempita memberikan ceramah berkenaan PALAPES. Kebetulan pada masa yang sama adalah sesi orientasi pelajar baru Ijazah Sarjana Muda, seingat aku tahun 1997.

Aku ketika itu sedikit impress apabila melihat gelaran beliau yang agak panjang dan terfikir bagaimana seorang individu bernama Fawzi Basri mampu mendapat title "Lt Kol", "Prof Madya" dan Dr. Bagi aku, ini satu pencapaian yang hebat bagi seorang pensyarah universiti.

Tujuan beliau berceramah adalah bagi mempromosikan pengambilan anggota PALAPES baru. Sudah tentulah suaranya agak tegas dan dihujung ceramah Dr Fawzi meminta pelajar yang berminat menyertai PALAPES agar dapat bergerak ke luar sebelah dewan untuk tujuan pendaftaran anggota baru.

Aku pada mulanya teragak2 untuk masuk kerana agak risau penglibatan aku dalam PALAPES akan mengganggu pembelajaran aku di universiti. Faham-faham sajalah, PALAPES merupakan aktiviti kokurikulum yang maha busy, rambut aku bakal dipotong, terikat dengan displin ketenteraan sepanjang masa dan macam2 hal yang bermain difikiran aku.

"Siapa anak jantan, keluar sekarang!!" 

Tidak semena-mena aku terdengar ayat ini keluar dari podium atas pentas. Sah! Itu ayat yang muncul dari mulut Dr Fawzi. Aku toleh kiri kanan. Ada beberapa kelibat pelajar yang bingkas bangun dan melangkah keluar ke sebelah dewan. Aku dalam keadaan perasaan bercampur baur sama ada hendak masuk PALAPES atau tidak turut berbuat benda yang sama. Cerita selebihnya adalah sejarah.

Akhirnya, aku diterima sebagai anggota baru PALAPES DARAT setelah melalui tapisan yang agak ketat antaranya ujian larian, pemeriksaan kesihatan, majlis angkat sumpah dan sebagainya. 

TO BE CONTINUED...




MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer