Kini, SDG kerap menjadi buah mulut ramai pihak. Ini adalah kerana dunia semakin menitikberatkan aspek kelestarian alam dan kepentingan menjaga kehidupan bukan sahaja untuk kebaikan umat pada masa sekarang, tetapi kesinambungan yang boleh diwarisi untuk anak cucu.
Dunia perniagaan juga tidak terkecuali dari membincangkan isu SDG. Perniagaan bukan lagi semata-mata mencari keuntungan tanpa hala tujuan atau memikirkan cara mengeksploitasi hasil bumi demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Transaksi perniagaan sebegini bagai tiada hubungan jiwa yang tulus ikhlas antara penjual dan pembeli. Tiada lagi konsep menang-menang. Bagi pihak penjual hanya memikirkan keuntungan manakala pembeli memikirkan nafsu untuk berbelanja. Masing-masing tidak berkongsi denyut nadi yang sama iaitu aspek kemanusiaan dan alam sekitar. Akibat sikap tamak haloba, masing-masing tidak mengambil peduli dan tidak kisah tentang empati dan simpati. Beri dan menerima. Tolak ansur. Berkongsi rezeki. Saling melengkapi.
Oleh itu, sudah sampai masanya warga peniaga dan tokoh korporat wajar membincangkan aspek yang lebih luas - melangkaui isu pembelian saham, urusniaga itu dan ini, joint venture, FDI atau apa2 istilah yang dilihat lebih bersifat menjana kekayaan pelabur atau pemegang saham. Aspek pencemaran alam sekitar, kemiskinan, penggangguran dan sebagainya yang semakin membarah dalam kehidupan manusia wajar diberi perhatian serius namun sangat sedikit tindakan yang diambil bagi mengatasi permasalahan ini.
Walaupun begitu, ada juga usaha pihak tertentu yang berusaha giat bagi membuka mata pihak korporat tentang kepentingan SDG. Tindakan yang diambil oleh mereka ternyata berkesan dalam memberi pendedahan dan latihan yang bersesuaian agar ejen perubahan dalam menyelinap masuk ke dalam institusi perniagaan dengan misi besar iaitu menyelamatkan dunia demi generasi hari ini dan akan datang.
Sebungkus apps lahir dari idea ini. Ia diterjemahkan dalam kerangka yang lebih luas berbanging perniagaan biasa. Sebungkus apps tidak mengutamakan materialistik bagi membangunkan perniagaan. Ia lahir dari jiwa suci bagi membantu mereka yang memerlukan. Zero hunger dan no poverty merupakan misi utama yang didamba.
Pembentangan..
Perjalanan ditempuh awal..
Prosesnya melibatkan sesi perah otak, brainstorming, correction and improvement..Alhamdulillah, hasilnya diiktiraf.




.jpeg)

.jpeg)