Tuesday, October 22, 2019

perkembangan anak2..

Seronok tgk anak membesar depan mata..

Kakak dah masuk 14 tahun tahun ni..Aca dah masuk 10 tahun, Adik Zara plak dah 6 tahun...hmm..cepat tul masa berlalu...

Kekadang tersenyum sendirian tgk tingkah anak2..




Kakak ni mmg jenis rajin belajar...risau kalau tak dpt result bagus..baik hati & sweet..selalu adik Zara panggil kakak comel..








Aca pulak anak tengah...dia ni kira pandai ambil hati org dengan kata2 dia yang manis...hehehe..





Adik Zara comel sgt..pandai merajuk tapi cepat kool...boleh dah buat Math simple2..tambah tolak..hehe..

Tuesday, October 8, 2019

tahniah BRO!!

Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera

Agong kurnia 273 pingat kepada angkatan tentera











Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
Istiadat pengurniaan darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2019 menyaksikan Ahmad Hasbullah mendahului senarai 273 penerima pingat pada sesi pertama istiadat itu yang berlangsung di Istana Melawati di sini.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka yang juga Pemerintah Tertinggi ATM ke istiadat pengurniaan darjah itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pada istiadat itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 11 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (41 penerima), Kesatria Angkatan Tentera (102 penerima) dan Bentara Angkatan Tentera (116 penerima).Al-Sultan Abdullah turut berkenan menganugerahkan darjah PGAT Kehormat kepada dua penerima dari negara asing iaitu Panglima Angkatan Tentera New Zealand, Marsyal Udara Kevin R Short dan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Ponpipaat Benyasri.
Hadir sama, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. - BERNAMA
Dan..salah seorang penerimanya adalah Mej Shahrul Azudin bin Maulod
Tahniah BRO...Kesatria Angkatan Tentera

Wednesday, September 25, 2019

Tafsir Surah Al Ahzab ayat 72..Amanah


Manusia mahu amanah..tetap kebanyakkan manusia mengingkari amanah sebagai hamba Allah...

Manusia banyak melakukan kerosakan...

Diberi akal digunakan cara yang salah..
Diberi kekayaan kedekut bersedekah...
Diberi pangkat salah guna kedudukan.
Segala amanah yang dingini diberikan oleh Allah...
Namun...

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Al-Ahzaab 33:72)

Tuesday, July 30, 2019

15 Jun 2019: Reunion Raya Keturunan Ali Bador

Awesome !! Itu yang dapat digambarkan apabila attend majlis reunion keluarga besar aku...
Kehadiran sangat membanggakan..238 orang katanya..lebih separuh dapat bersama-sama dalam majlis yang well-planned...

aku setuju...kita kena tahu asal-usul keturunan kita...tahu serba sikit pasal sejarah keluarga kita..kisahnya begini...

5 org rupo eh anak tok Ali:
1. Omar
2. Kudin
3. Sidek
4. Osman
5. Simon

Asal: Rombang Paneh
Hensem orang eh..
Adik beradik 8 org..

Dukun tersohor di sungai duo..
Ado peliharo rimau..

Kaki pernah kono kudis..
Rimau jilat elok..

Meninggal maso zaman jopon..






























Wednesday, May 29, 2019

Transformasi gaya...



 Transformasi gaya daripada tahun 2014 sehingga tahun 2019..dah cecah 41 tahun umur aku...semoga terus sihat, cergas & terus dapat beribadat dengan baik...umur hanyalah pinjaman dari Allah kepada kita..gunakan sebaiknya...


 2019


2018


2017


2016


2015

2014

Monday, April 22, 2019

It's my resume


Personal Background:

Name: SHARUL AZLAN MAULOD



Birth of Date: 23 May 1978

Status: MARRIED

Current position: LECTURER, BUSINESS DEPARTMENT, KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG





Teaching experience: 2nd August 2004 until now

Subjects: Management, Marketing, Human Resources, Management, Organizational Behavior, Entrepreneurship and E-Commerce

Innovation Award received (some of the documents attached):

1. Anugerah Ikon Inovasi 2018, KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG




2. Gold Medal, Educational Project Innovation Competition (EPIC 2018), UiTM Terengganu. Title: WONDERFUL HADITH NARRATOR THROUGH COMIC CHARACTER - Group. Credit to: Ustat Wan Muz & Pidot



3. Silver Medal, International Innovation, Invention and Design (IIID 2018), UiTM Seremban. Title: COMIC CHARACTER FOR SOCIAL SCIENCE SUBJECTS - Individual



4. Silver Medal, ICOMPEX 2019, POLIMAS. Title: MANAGEMENT SNAKE GAME - Individual






Articles publications:

1. Jurnal AKADEMIA 2017. Title: Pendidikan Karakter Bersandarkan Sunnah Rasullullah S.A.W
2. Utusan Malaysia 19 Dis 2008. Title: Kelemahan PPSMI harus dikaji secara mendalam
3. Utusan Malaysia 15 Jan 2010. Title: Warga asing rebut peluang tersedia

Highest Qualification:

1. Master of Business Administration (MBA) Universiti Utara Malaysia 2004

2. BBA (Hons) Universiti Utara Malaysia 2000

3. Diploma in Education, Institut Perguruan Tun Hussein Onn 2006

Corporate Social Responsibility:

1. YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Dato' Klana Putra Lenggeng. 2017/2018.









Thursday, April 4, 2019

Apakah itu KIIE 2019 @ KM Banting ??

1 - 2 Apr 2019:

Bertempat di KM Banting...memperagakan Gold medal dari Uitm Terengganu 2018 yang lalu namun diiktiraf dengan Bronze medal aje oleh pihak sebelah sini...what??

Tengok pulak muka kawan2 lain yang turut membawa medal masing-masing dipentas yang lebih gah namun tetap mendapat keputusan yang tidak sewajarnya..seolah-olah penyertaan lalu tidak bermakna apa-apa oleh pihak sebelah sini...wajarkah??

Malah lebih teruk, ada wakil daripada kolej lain langsung tidak mendapat apa-apa...hanya penat menunggu dan mendapat herdikan atas penciptaan yang bukan mudah disediakan...masa, tenaga dan wang ringgit dikeluarkan...akhirnya pulang dengan tangan kosong...alangkah kesiannya..bukankah ini akan membantutkan motivasi mereka...mohon fikirkan secara mendalam....


 Semua dalam gambar ni sama ada pernah dan sedang berada di KPMB....









MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer