Monday, August 27, 2018

Interbiu...


Dulu..pernah di selit interbiu aku dalam video nih..tak prepare apa pun..belasah ajer..tapi kena confident..hahaha..

Tokey SURISCHA ni, aku pernah ngajo dia...subjek entrepreneurship...ada la ajar buat bisnes plan dan akhirnya..

badan kecik tapi ligat berniaga...

tak sangka dia sukses berniaga...

itulah, rezeki milik Allah...syukur tak terhingga..



Wednesday, June 27, 2018

UWAIS AL QARNI..terkenal di langit..

Uwais daripada Yaman...

Tabi'in yang sangat baik dengan ibunya yang cacat...sanggup melakukan apa sahaja untuk ibunya...

Suatu ketika..ibunya ingin mengerjakan haji...Yaman ke Mekah beratus kilometer..dibelinya seekor sapi...lalu digendong ke atas bukit setiap hari, naik dan turun..anggaran 8 bulan latihan intensif...apabila telah dapat kekuatan dan tibanya musim haji, Uwais mengendong ibunya dari Yaman ke Mekah bagi mengerjakan haji sehingga selesai...Allahuakbar !!

Nabi S.A.W tidak pernah bertemunya...meskipun begitu, Nabi S.A.W menceritakan tentang kesolehan beliau...

Umar al Khattab, sahabat Nabi S.A.W yang dijamin syurga, sangat teringin berjumpa Uwais...setiap kali kabilah Yaman datang ke Mekah, Umar kerap bertanya tentang Uwais...namun tiada siapa mengenalinya...hanyalah pengembala kambing...bajunya pula diperbuat daripada guni..

Nabi menyuruh Umar dan Ali berjumpa Uwais...minta beliau mendoakan kesejahteraan mereka...

Uwais..tidak terkenal di dunia namun sangat terkenal di langit...begitulah...


















Wednesday, June 20, 2018

raya 2018..

Apabila tiba syawal...

1. kunjung mengunjung ke rumah sedara mara..
2. makan..makan & makan...
3. peruntukan duit raya...
4. duit keluar dan masuk...(urusniaga kewangan sangat rancak)..ekonomi negara naik tuh..
5. kutipan tol dan petrol meningkat..
6. Hotel fully-booked...
7. bekalan barangan dapur di tesco, giant berkurangan..especially mee, kuey teow asyik abis...
8. open house..
9. baju raya..mcm2 fesyen lah..
10. cuti tak lama...maka dah bertugaslah di raya ke 5...hahaha



gambar atuk dan nenek sebelah abah..

 ciuman kasih sayang adik ke kakak..

 abah & emak..

zara si comel mohon kemaafan di pagi raya...

kasih sayang suami isteri..

Wednesday, June 6, 2018

bukan ISLAM sebagai AG?


Tommy Thomas dipilih sbg AG...

...dia bukan Islam

...dia pernah terpalit isu kontroversi berkenaan bantahan Malaysia bukan negara Islam

..dia mempertikaikan keputusan kerajaan mengharamkan penggunaan nama Allah di gereja

Namun, dia tetap terpilih sebagai AG baru...bab macam ni susah sikit nak komen...mungkin Tun M ada perancangan dia sendiri...Tommy pernah menentang dia dulu..

sama macam kes DSAI...LGE...Mat Sabu..

namun mereka kini bersatu..bergabung...MELETOP!!!



sedikit kontroversi dari Tommy Thomas...
He had also launched on July 29, 2016 two books named Abuse of Power and Anything but the Law, which were collections of his essays throughout 34 years on law and the Federal Constitution; and politics and economics.
He has written on complex and diverse topics, including why he thought the Court of Appeal's 2013 ruling  in upholding a government ban on the use of the word “Allah” in the Catholic Church's internal publication Herald was constitutionally wrong.
In a lengthy 2005 paper, he had also examined the question of whether Malaysia is an Islamic state and concluded that Dr Mahathir's September 29, 2001 declaration that the country is an Islamic state was not based on the Federal Constitution and the law.

Monday, May 14, 2018

PRU 14 suatu tsunami dalam persada politik Malaysia

14 mei

UMNO kalah teruk.
MCA kalah teruk.
MIC kalah teruk.
Gerakan kalah teruk.

Akhirnya, BN kalah dalam PRU 14...

PKR menang besar.
DAP menang besar.
AMANAH menang besar.
BERSATU menang besar.

Akhirnya, PH menang.

PAS menang di Kelantan dan Terengganu.
Namun, berseorangan. Tiada talian hayat di peringkat persekutuan.
Wakil mereka tiada dalam PH. Kasihan mereka.

Akhirnya, BERKUASA tetapi tiada KUASA.

Begitulah...akhirnya...

MALAYSIA bukan milik parti atau individu tertentu...ia milik setiap rakyat Malaysia..
Jika tidak lagi relevan memimpin Malaysia, berilah pada yang mampu berbuat demikian..
Tidak perlu tamak...kita sama-sama berusaha membangunkan Malaysia.

Tuesday, May 1, 2018

kisah istighfar

2 mei 2018

Istighfar..pohonlah keampunan kepada Allah..nescaya Dia akan memberi rezeki yang melimpah ruah..Amin

Surah Nuh ayat 10 - 12:


"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.


"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;


"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).





Thursday, April 19, 2018

Masih lagi kisah @ IIID UiTM Seremban 3...


20April 2018

Hari ini, bergegas aku ke Uitm Seremban 3 mengambil Silver Medal atas inovasi aku yang bertajuk:
Comic charactER for social Science Subject - CERS

Maka, bertalu ucapan tahniah daripada Pengarah, rakan2 sehinggalah kepada pegawai BPT. Malah, ahli keluarga turut mengucapkan tahniah. Terima kasih aku ucapkan.

Penyertaan kali pertama dengan persiapan tak seberapa dan dianugerah Silver Medal membuatkan aku memanjatkan kesyukuran pada Ilahi. Alhamdulillah. Segala pujian adalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Penganugerah ini juga memberi signal bahawa komik juga boleh diangkat ke persada dunia akademik dan boleh dikomersilkan ke peringkat lebih tinggi. Malah, Kampung Boy oleh Lat juga bermula dengan komik biasa lalu diangkat ke animasi. Ini juga impian aku.

Anugerah Allah memberi aku bakat melukis komik memang dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Dan, telah terbukti, bakat melukis komik aku bukan biasa-biasa. Nantikan komik aku dalam masa terdekat yer...hehehe







MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer