Wednesday, February 21, 2018

SGS dan guru

22 Feb 2018..

Aku kagum ngan SGS..tak sangka dikalangan gurunya ada yang berstatus JUSA C..

Bukan senang, seorang guru mencapai status ini..biasanya Pengarah di Kementerian atau agensi kerajaan sahaja yang dapat menyandang JUSA...



Dr Norini bt Jaafar..telah pun bersara..

Namun, pengalaman dan jasa beliau menggambarkan bahawa beliau sangat komited dengan tugas sebagai guru..terima kasih cikgu..

Wednesday, February 14, 2018

Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban

atau juga dikenali dengan singkatan SGS..merupakan tapak sekolah terdahulu TKC, yang telah berpindah ke Bandar Enstek, Nilai...

namun begitu, hasrat MBNS yang ingin juga tapak ini masih mengekalkan SBP bagi pelajar perempuan..maka tertubuhlah SGS..sama seperti yang berlaku pada SDAR, kini diambilalih oleh SASER..malah SASER mempamerkan keputusan yang lebih baik daripada SDAR, walaupun SASER masih baru...SGS juga telah memperlihatkan kecemerlangan dengan menjadi sekolah terbaik SPM..

maka, tepatlah hasrat ibubapa yang menghantar anak ke SGS bagi memperoleh kecemerlangan..masakan tidak, program anjuran sekolah sangat mementingkan sifat berdikari, berteraskan kecemerlangan dan sentiasa berada dekat dengan agama...mengaji, baca yasin setiap pagi jumaat, solat berjemaah setiap waktu...



Wednesday, January 3, 2018

Tahun 2018...

4 Jan 2018...

Rasanya belum terlewat megucapkan selamat menghadapi tahun baru kepada diri sendiri dan bloggers...

Hidup ini bagai sebuah perjalanan..

Ada yang telah terhenti perjalanannya...
Ada yang masih meneruskan perjalanannya...
Ada yang tidak tahu jalannya..
Ada yang alpa sepanjang perjalanannya...




Happy Anniversary....

Monday, December 4, 2017

DISEMBER 2017..cuti sekolah..

5 Dis 2017..

SEMALAM aku cuti..tujuan menghantar Irdina ke MRSM KUKLA (Kuala Klawang)..ambik ujian kemasukan mrsm katanya..tapi sebenarnya interbiu aje..

balik dari KK, lebih kurang kul 3.30..lajak pulak ke Palm Mall..tgk citer "Pinjamkan Hatiku"...lakonan Ayda Jebat & Sam...kul 5.00..

Lps habis movie..tup2 terserempak plak ngan Janna Nick..apalagi, aca tak sabar2 nak bergambar..hmm..tunaikan aje la..


(nih gambar 2 beradik bergambar dengan Janna Nick..aca minat betul..)



dah besar Irdina..jadi best fren mama dia..(sori ye..tak sempat bergambar ngn Janna Nick)




Proposal atau bahasa mudahnya cadangan...

Pukul 4.53 petang 13 Nov 2017

Tiba-tiba rasa nak share cara penyediaan proposal untuk PhD/DBA...

Sebenarnya aku bukanlah pandai dalam penyediaan research proposal tapi aku terpanggil untuk berkongsi ramuan bagi melepasi stage proposal defense..sbb aku dah lepas..alhamdulillah..

Aku banyak juga membaca komentar DrOT berkenaan proposal defence..beliau selalu mengatakan di IPTA di Malaysia ni terlalu melebih-lebih dalam penyediaan proposal..mesti nak tebal2..reference mahu 100 ke atas baru sampai makam proposal..sepatutnya proposal harus ringkas namun padat,cukup 2-3 pages dulu..references seadanya...aku sependapat dengan DrOT tentang hal ini..

Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri melihat kengkawan seperjuangan yang tak lepas2 PD mereka sbb nak juga sampai ke makam yang tak tercapai2...ibarat tercungap2 di lautan luas, tergapai2 tempat nak berpaut..ibarat masuk lorong gelap teraba2..

Mmm..nnti part 2 gua sambung lagi..nak balik dulu..




Sunday, November 12, 2017

Lama tak masuk blog nih..

Hari ni 13 Nov 2017...

Umur aku dah 39 tahun..tahun depan 40 tahun..teringat kenangan lalu...

1985 - 1990: SRK Jalan Kuantan (2)..dari darjah 1 sampai darjah 6..


Lepas tu continue ke SMT Setapak..sekolah budak2 lelaki..
Dgn keputusan SPM yang agak cemerlang itu....hehehe..aku diterima masuk matrik UUM..tahun 1997...setahun lepas tuh..diterima masuk first degree..

okeh bro..sambung part 2 plak nnti..


MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer