Wednesday, June 20, 2018

raya 2018..

Apabila tiba syawal...

1. kunjung mengunjung ke rumah sedara mara..
2. makan..makan & makan...
3. peruntukan duit raya...
4. duit keluar dan masuk...(urusniaga kewangan sangat rancak)..ekonomi negara naik tuh..
5. kutipan tol dan petrol meningkat..
6. Hotel fully-booked...
7. bekalan barangan dapur di tesco, giant berkurangan..especially mee, kuey teow asyik abis...
8. open house..
9. baju raya..mcm2 fesyen lah..
10. cuti tak lama...maka dah bertugaslah di raya ke 5...hahaha



gambar atuk dan nenek sebelah abah..

 ciuman kasih sayang adik ke kakak..

 abah & emak..

zara si comel mohon kemaafan di pagi raya...

kasih sayang suami isteri..

Wednesday, June 6, 2018

bukan ISLAM sebagai AG?


Tommy Thomas dipilih sbg AG...

...dia bukan Islam

...dia pernah terpalit isu kontroversi berkenaan bantahan Malaysia bukan negara Islam

..dia mempertikaikan keputusan kerajaan mengharamkan penggunaan nama Allah di gereja

Namun, dia tetap terpilih sebagai AG baru...bab macam ni susah sikit nak komen...mungkin Tun M ada perancangan dia sendiri...Tommy pernah menentang dia dulu..

sama macam kes DSAI...LGE...Mat Sabu..

namun mereka kini bersatu..bergabung...MELETOP!!!



sedikit kontroversi dari Tommy Thomas...
He had also launched on July 29, 2016 two books named Abuse of Power and Anything but the Law, which were collections of his essays throughout 34 years on law and the Federal Constitution; and politics and economics.
He has written on complex and diverse topics, including why he thought the Court of Appeal's 2013 ruling  in upholding a government ban on the use of the word “Allah” in the Catholic Church's internal publication Herald was constitutionally wrong.
In a lengthy 2005 paper, he had also examined the question of whether Malaysia is an Islamic state and concluded that Dr Mahathir's September 29, 2001 declaration that the country is an Islamic state was not based on the Federal Constitution and the law.

Monday, May 14, 2018

PRU 14 suatu tsunami dalam persada politik Malaysia

14 mei

UMNO kalah teruk.
MCA kalah teruk.
MIC kalah teruk.
Gerakan kalah teruk.

Akhirnya, BN kalah dalam PRU 14...

PKR menang besar.
DAP menang besar.
AMANAH menang besar.
BERSATU menang besar.

Akhirnya, PH menang.

PAS menang di Kelantan dan Terengganu.
Namun, berseorangan. Tiada talian hayat di peringkat persekutuan.
Wakil mereka tiada dalam PH. Kasihan mereka.

Akhirnya, BERKUASA tetapi tiada KUASA.

Begitulah...akhirnya...

MALAYSIA bukan milik parti atau individu tertentu...ia milik setiap rakyat Malaysia..
Jika tidak lagi relevan memimpin Malaysia, berilah pada yang mampu berbuat demikian..
Tidak perlu tamak...kita sama-sama berusaha membangunkan Malaysia.

Tuesday, May 1, 2018

kisah istighfar

2 mei 2018

Istighfar..pohonlah keampunan kepada Allah..nescaya Dia akan memberi rezeki yang melimpah ruah..Amin

Surah Nuh ayat 10 - 12:


"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.


"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;


"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).





Thursday, April 19, 2018

Masih lagi kisah @ IIID UiTM Seremban 3...


20April 2018

Hari ini, bergegas aku ke Uitm Seremban 3 mengambil Silver Medal atas inovasi aku yang bertajuk:
Comic charactER for social Science Subject - CERS

Maka, bertalu ucapan tahniah daripada Pengarah, rakan2 sehinggalah kepada pegawai BPT. Malah, ahli keluarga turut mengucapkan tahniah. Terima kasih aku ucapkan.

Penyertaan kali pertama dengan persiapan tak seberapa dan dianugerah Silver Medal membuatkan aku memanjatkan kesyukuran pada Ilahi. Alhamdulillah. Segala pujian adalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Penganugerah ini juga memberi signal bahawa komik juga boleh diangkat ke persada dunia akademik dan boleh dikomersilkan ke peringkat lebih tinggi. Malah, Kampung Boy oleh Lat juga bermula dengan komik biasa lalu diangkat ke animasi. Ini juga impian aku.

Anugerah Allah memberi aku bakat melukis komik memang dari sekolah rendah hinggalah sekarang. Dan, telah terbukti, bakat melukis komik aku bukan biasa-biasa. Nantikan komik aku dalam masa terdekat yer...hehehe







Wednesday, April 18, 2018

International Invention, Innovation & Design 2018 @ Uitm Seremban 3

18 April 2018

Perasaan aku: Biasa-biasa aje..memang tujuan masuk ni saja nak tgk keadaan..apa yang gempak sangat pertandingan inovasi nih..rupanya hang cipta la apa2 pun pastu citer la kat juri..pastu dapat la sijil penyertaan..yang aku pertikaikan ialah:

Bayaran: RM400..mahal jugak la bagi aku..sedangkan perserta hanya dapat sijil yang harga tak sampai RM1 selai..breakfast depa bagi roti gardenia RM0.80 tuh 2 ketoi...air mineral 2 botol..kos tak sampai RM5..dengan lunch pun tak dak...kot la nak jamu minum petang ke..tak dak jugak...maka mana peginya yuran sampai beratus2 tapi accomodations hampeh...pulak tu bank islam siap sponsor lagi hadiah...

Peserta: Dgr sampai 260 penyertaan..mcm2 kategori inovasi..korang kira sendiri la berapa untung universiti dapat buat program camni..boleh beli keta cash hoo...

Cadangan aku: apa lah salah kiranya bagi la peserta breakfast, lunch & minum petang...rasanya kan lebih elok..peserta tu kira tetamu la..kan ke elok layan tetamu sebaiknya...mmm...












Thursday, April 12, 2018

MCee Konvo Perdana IPMA 2018 @ PICC

9 - 12 April 2018 @ PICC







Boleh tengok video aku beraksi sebagai MC kat link ni...

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer