Sunday, November 12, 2017

Lama tak masuk blog nih..

Hari ni 13 Nov 2017...

Umur aku dah 39 tahun..tahun depan 40 tahun..teringat kenangan lalu...

1985 - 1990: SRK Jalan Kuantan (2)..dari darjah 1 sampai darjah 6..


Lepas tu continue ke SMT Setapak..sekolah budak2 lelaki..
Dgn keputusan SPM yang agak cemerlang itu....hehehe..aku diterima masuk matrik UUM..tahun 1997...setahun lepas tuh..diterima masuk first degree..

okeh bro..sambung part 2 plak nnti..


Sunday, February 12, 2012

Perbetulkan fakta itu...


Semalam (ahad 12 feb) secara tak sengaja aku tekan channel History (555). Nak tengok channel 411, 412 dan 413 menyemakkan minda aku aje....asyik2 movie yg sama. Apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang rancangan kat History channel ni kekadang boleh MENYESATKAN akidah orang Islam especially remaja dan kanak2. The History of the world in two hours...tu la tajuk citernye.
sebenarnya penceritaan dalam rancangan tu mengisahkan bagaimana dunia ini terjadi bermula dari letupan besar - Big bang, kemudian mencetuskan berjuta bakteria dan seterusnya proses evolusi berbillion tahun berlaku lalu membentuk hidupan di atas muka bumi.

Diceritakan juga manusia berevolusi dari beruk? (teori charles darwin)..dan proses evolusi berlaku lagi sehingga manusia jadi cerdik, pandai buat itu ini, zaman ais...bla..bla...

tapi sebagai orang Islam kita percaya bahawa manusia itu di mulai dengan penciptaan ADAM dan HAWA lalu baginda diturunkan ke bumi dan akhirnya manusia beranak pinak dan bertebaran di muka bumi. Orang Islam wajib percaya akan fakta ini.

lalu, apabila rancangan History channel tadi disiarkan, saya merasakan apa pula pendapat kanak2 dan remaja yang masih belum mantap akidahnya? bagaimana penerimaan mereka terhadap rancangan tersebut? yang menjadi tanda tanya, apa peranan pihak berkuasa dalam menapis siaran TV berbayar seperti itu? Atau Malaysia telah mula menerima konsep kebebasan dalam pendidikan? Cuba ingat sikit...Malaysia adalah negara ISLAM majoritinya.

Kalau nak dikaitkan dengan isu murtad yang bermaharajalela sekarang nih, memang tak patut betul ada siaran yang macam nih...tak lama dulu ada siaran yang bertajuk Bible: The last testament.....yang akan datang...The art of christianity...tak ke haru...

Minta tolong pihak berkuasa yang berkenaan check balik mana yang patut...media kita banyak sekali dipengaruhi oleh unsur2 kristianiti samada sedar atau tidak...disogok lagi dengan hiburan tahap melampau...orang politik pulak kerjanya heboh mengata orang itu salah orang ini betul...bukan nak fokus buat program keislaman ke belia ke....

TOLONGLAH...KEMBALI PADA ISLAM YANG SEBENAR.

Thursday, February 2, 2012

Wednesday, January 4, 2012

Tuesday, December 27, 2011

kembali bekerja..

tanggal 27 Dis, aku mula masuk bekerja selepas cuti hampir sebulan...SBPA dah pun aku sign & serah pada TPKP....alhamdulillah, insya Allah kalo umur panjang, kerja sampai umur 60 tahun...

hitung kira, lebih kurang 27 tahun lagi aku akan bekerja...lama sungguh....harap2 kalo formula 8863 diaplikasikan sesungguhnya betul2...dapat le merasa kot DG52 atau DG54....boleh ke berangan...hehehe...ahh..lantak la, blog aku...apa salahnya berangan...

tahun 2038 dah tu...umur aku 60...fuiyo, kalo tengok movie cerita transformer ke, terminator ke, atau alien ke...inilah masanya segala makbapak robot atau makhluk asing tu akan cuba menakluk muka bumi...hehehe..jauh sungguh imiginasi steven spielberg n james cameroon dan kawan2 yang seangkatan ngan mereka...ada ka patut?

mungkin jugak bila manusia ni dah makin cerdik, boleh hasilkan macam2 benda....tengoklah sekarang pun dah ada nanoteknologi, robot macam manusia siap boleh menangis lagi...itu di tahun 2011....cuba kita bayangkan apa pulak diorang ni nak hasilkan untuk akan datang...kalo tengok movie terminator tu, macam boleh je arnold tu dihasilkan robot cam dia....hehehe...boleh ker?

aku ni berangan sesungguhnya...ah, lantaklah...ni AKU PUNYA BLOG!! hehehe...

Friday, December 16, 2011

Langkawi oh Langkawi..








Aku mengambil kesempatan cuti sekolah kali ini untuk membawa keluarga ke tanah tumpah darah Mahsuri. Kena plak ngan tarikh LIMA diadakan...so, perkarangan udara di Langkawi di selangi deruman enjin fighter jet yang kadangkala rasa macam nak perang dah...hehehe..aku & keluarga berada di sana dari 5 - 9 Disember 2011...

Lokasi: gua kelawar




My sweetheart...Putri Nur Eryna Marissa, Putri Nur Irdina Balqis & my truly best friend & lovely wife Zety Akhtar antara yang happy sesangat ketika berada di sana...


Hari Pertama


first day turun aje airport, terus kitaorg pergi ke cable car...







Hari Kedua



keseronokan bercuti hari kedua semakin berganda apabila kitaorg berpakat naik bot atau 'mangrove' atau bahasa mudahnya round pulau naik bot...bukanlah tak pernah naik bot tapi kali ni sewa satu bot untuk kitaorg sekeluarga jer...privacy le sket org kata...memang suatu pengalaman yang mengujakan..



Hari Ketiga



third day, berjalan lagi...kali ni pi underwater world plaks...nengok penguin la yang paling syok...comel cara depa berjalan...hehehehe...yang lain macam ikan ngan obor2 dah biasa nengok...

Hari Keempat



Bagi peluang kat mama zety shopping, antara tempat yg popular ismail group, idaman suri & ram...sepanjang hari shopping...huhu...tapi petangnya pegi mandi kat telaga tujuh..huuu...best...





Hari Kelima



Nak balik dah...tapi sebelum tuh...melawat LIMA ler...first time lak tuh rupanya tiket RM10 jer...layan la tengok fighter jet dari pelbagai negara...ramai sungguh orang...



Cuti macam ni memang bagus...selain dapat bersantai dan mengeratkan hubungan kekeluargaan..dapat la jugak merancakkan ekonomi Langkawi yang semakin suram...

















































































































































































































Thursday, December 15, 2011

pemilikan aset bumiputera

dua tiga menjak ni dlm paper diberitakan mengenai pemilikan aset bumiputera yang jauh ketinggalan berbanding masyarakat asing (cina esp.). kajian menunjukkan bumiputera menghuni bumi malaysia lebih 60% tetapi pemilikan aset komersial tak sampai 5% pun...

jika diperhatikan, harga aset komersial (rumah kedai dan premis perniagaan) tak kurang RM500 ribu...nah! ada ke kebanyakkan orang melayu mampu beli? kalo yang keje gomen dah sah2 fikir nak beli rumah jer...peniaga2 melayu plak berapa kerat la yang dapat collection RM 1 juta sebulan...mungkin NAZA group, MK Land, Mydin..tapi diorang nih dah tahap 'dewa'...bagaimana dengan orang Melayu kebanyakkan?

kebanyakkan orang melayu hidup sederhana...jawatan PAR gred N1, pen.peg.tadbir gred N27, Guru gred DG41 dan sebagainya...berapa sangat pendapatan mereka ini...dengan kos hidup yang melambung tinggi...cukup2 makan sahaja...

cuba lihat peniaga Melayu..kalau berkesempatan berjalan ke gedung2 besar dan bernilai tinggi spt suria KLCC, Mid-Valley atau Bukit Bintang, dapatkah kita mencari mereka yang berbangsa Melayu...bukan memperkecilkan peniaga melayu ditempat lain tetapi perkara ini sudah cukup membuktikan kita tidak mampu bersaing dengan peniaga asing...

satu mekanisme perlu difikirkan oleh cerdik pandai kita untuk mengatasi permasalahan yang sangat merungsingkan orang Melayu...apa akan jadi pada masa depan orang Melayu andai suatu hari nanti orang melayu tiada apa2...hanya yang ada keris ditangan dan perbalahan politik yang tak sudah2...fikir-fikirkanlah...

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer