Sunday, January 16, 2011

kursus senjata bantuan siri 1/2011


dari 4 mei - 2 jun 2011, lokasi: PUSWATAN. kena pi jugak la gamaknya, satu kursus lg aku tak complete...habis je kursus ni, insya-allah, naik kapten hujung tahun nih...

Tuesday, December 28, 2010

kini kembali..


aku kembali bekerja setelah bercuti lebih 3 minggu...

so, cam biasa minggu2 pertama kerja ni ialah..amanat bos, keputusan peksa, hari kualiti dan sebagainyalah...semuanya untuk kembalikan mood bekerja la...harap2 aku ada momentum yang lebih la untuk tahun 2011 nih...

sesi jan 2011 menyaksikan aku akan bertemu ngan muka2 pelajar baru ( dan lama ) ... subjek yg nak diajar pun sama jer...tapi MQA nak mai tengok kolej somewhere in Feb kot...

apa2 pun...kerja..kerja..kerja...

Friday, December 3, 2010

CUTI

apa makna CUTI?

berehat...balik kampung...makan angin...shopping....jalan2....

itu yang aku alami ketika ini...cuti bekerja....bukan sehari, bukan seminggu...aku bercuti hampir sebulan...SEBULAN....

itulah manisnya kerjaya sebagai pendidik ni...bila budak yang kita didik bercuti, maka cikgunya pun bercuti....abih tu, nak mengajar siapa kalo bebudak dah balik kampung?

bagi yang dah berkeluarga, cuti dihabiskan bersama keluarga dan anak2....yang bujang plak, buat hal masing2...

aku harap cuti kali ni lebih bermakna atau dalam ertikata yg lainnya....aku dapat buat sesuatu yg lebih 'value'...dan boleh meninggalkan kesan yg berfaedah pd aku...entah le...aku tak sure lagi apa mendanye aku nak buat cuti nih...

hidup yg bakal dilalui lebih mencabar di hari mendatang...dunia dah jadi macam hukum rimba...siapa kuat akan terus survive...siapa yang lemah tertindas...aku tak boleh lemah, aku LELAKI, SUAMI, BAPA, KETUA KELUARGA.....ada insan yg bergantung harap pada aku...jadi perkataan tewas, lemah, putus asa, kecewa, sedih, atau ayat2 negatif yg lain tak sepatutnya berada dalam kamus hidup aku...sila masuk dalam tong sampah!

2011 bulan depan jer...umur aku dah 33..uban ada la bersinar di sana sini...hehehe...
anyway, hidup diteruskan...cuma kita tak tahu perkara mendatang...ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA, KITA SEBAGAI HAMBA BOLEH SAHAJA MERANCANG...jangan hampa kalo apa yg dirancang tak kesampaian, kerana setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya...

Thursday, November 11, 2010

MYVI kaler orange SE....

tengah pasang tinted...

alhamdulillah...rezeki dari ALLAH swt...dapat beli satu keta lagi...aku mmg berkenan lama dah keta ni...mmg cun lah...tak payah nk modified apa2 dah...

Wednesday, November 10, 2010

gambar annual camp 2010

TK Rej 502 AW, Lt Kol Azman..

Komander Rej 502, Brig. Jen. Prof Madya Thantawi...
Dapat menembak glock (baru)..


selepas Serdap..


gaya je lebih...

mantap...menembak individu dpt no. 2...



seperti yang dijanjikan, aku pamerkan sebahagian gambar yg sempat aku ambil sepanjang berada di kem 4 RAMD Tapah. Latihan kali ni lebih tertumpu kpd CIW...which means, kena masuk hutan...apalagi, terpaksa la kaki aku menjadi santapan pacat yang sentiasa dahagakan darah manusia..hahaha...(gelak cam jin)....

aku ditugaskan sbg ketua platun 1 dan mengetuai fasa kawad menduduki Pengkalan. Selepas itu Ronda Tempur, Serdap & Serang Khemah Musuh di 'take over' by YO lain...

tapi tak sangka plak kali ni, aku dalam senarai TOP 5 kategori menembak individu..hehehehe...no. 2 beb...aku ulangi...no. 2...hehehe...
barulah org kata pegawai mantap...yezzer..

aku tak lama dapat follow annual camp nih...just 5 days start from 6 - 10 hb...ok la tuh...

balik ke rumah tengok kelibat isteri dan 2 putri kesayangan....terus lepas rindu dendam..I Love You All...muahh!! Thanks sbb understanding my interest..

Wednesday, November 3, 2010

annual camp 2010

(gambar masa kursus G3 2009)

Latihan khemah tahunan 2010 di Kem 4 RAMD Tapah dari 1 - 15 November...

Aku plak dpt pegi 6 - 10 hb jer...takpelah, janji pegi...ROD pun dah nak expired..so kena la mengaktifkan diri..kot2 Panglima tanya sok (tak le kena bambu )..

Tak banyak boleh tulis tentang annual camp sbb belum pegi...nanti gua balik..gua post bnyk2 gambar and citer tentang aktiviti di sana...

Monday, October 11, 2010

The first year for birthday girl..

tak nak dok diam...ada je benda nak amik...

apo yg dipandangnye tu...
buku yang dikoyakkan oleh adik dianggarkan...hehehe...no cost at all...

ceria sbb lampin dah tukar & susu dah minum..pas tu hantar umah cik piah..

birthday girl...12 / 10 / 2010

Umur setahun. Selamat Ulangtahun kelahiran yang pertama kali buat Putri Nur Eryna Marissa dilahirkan sejak 12 / 10 / 2009 dan hari ini 12 / 10 / 2010...

Adik makin aktif...comel sangat. Ayah mendoakan adik dan kakak dirahmati Allah s.w.t sepanjang masa, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah...

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer