Wednesday, February 10, 2010

muka buku....face book...


dah lama tak menjengah blog ni, sibuk melayan facebook jer...tu la dia penangan fb...kebanyakkan dari kita memang dah gian dan sukar untuk dipisahkan dengan fb...

tapi, perlu diingat...fb ni boleh diakses oleh semua orang...jadi kerahsiaan adalah sangat penting...jangan sampai semua perihal keluarga, gambar yang terlalu personal diupload tanpa limit....

cuba lihat fb bari satu sisi yang positif. jadikan ia sebagai madah kita bertukar2 fikiran, berkenalan, berkongsi maklumat dan mengeratkan silaturahim....banyak perkara baik yang boleh kita dapat dengan menggunakan fb nih...

don't forget, jaga2 sket ngan ayat yang hendak ditulis....jangan sampai menghina dan menyinggung perasaan orang lain...

Thursday, December 24, 2009

berniaga t-shirt..


Tetiba tergerak hasrat aku & wife nak berniaga t-shirt ngan design tersendiri..jual pada student, harap2 ada sambutan...ni antara design yang baru disiapkan, yang lain akan menyusul....

Monday, December 7, 2009

PTK 15 DIS 2009...

PTK kali ini bukan setakat ujian bertulis (GENERIK & FUNGSIONAL) malah ada tugasan dan presentation. Tajuk untuk tugasan ada 8 pilih satu. Ntah nak pilih mana satu..Huu...tengok la macam mana...kalau dengan adanya 'penambahan' itu memudahkan aku dapat aras 4 dan naik gaji terus, bagus la....

Tarikh 15hb Dis kat kolej MARA seremban...4 in 1, dari pagi sampai petang...GOOD LUCK TO ME!!

Soalan latih tubi PTK:

http://www.soalanptk.com/index.html

Wednesday, December 2, 2009

semester break...

bila student cuti, aku pun cuti jugak dari 7 - 27 disember 2009. 3 minggu la cuti...kuatkan iman dengan sale yang menyusul sana sini...kalo tak kang, pokai...

Wednesday, October 21, 2009

ALHAMDULILLAH...


12 Oktober 2009, tepat pukul 2.59 p.m., aku dikurniakan zuriat kedua. Isteriku menginginkan namanya diberi Putri Nur Eryna Marissa. Manis nama itu. Semanis wajahnya. Semanis dan secantik juga kakaknya. Puteri yang cantik dan bersopan santun maknanya. Aku memanjatkan kesyukuran atas limpah kurniaNya yang tidak terhingga. Aku memohon agar kedua2 anakku menjadi anak yang solehah, cemerlang kehidupan dunia dan akhiratnya, taat pada ibubapa dan bertakwa padamu ya Allah.

Sunday, October 4, 2009

dah kata dah..


Dalam kolum kali ni aku bukan nak mengata apa, tapi bila berlaku bencana kat Indonesia, tengok negara mana yang bersusah payah hantar bantuan kalau bukan jiran serumpun iaitu Malaysia. Kita hantar duit, tak cukup kita hantar bantuan kemanusiaan...nak lagi, kita hantar pulak pasukan penyelamat SMART.

Malaysia tetap dengan semangat satu rumpun. Malaysia tetap baik hati. Malaysia lupakan semua cemuhan yang dibuat oleh media Indonesia. Takpa lah. Apa nak buat. Indonesia mengata macam2 kat Malaysia. Tapi Malaysia tetap 'jiran' yang baik. Tetap hantar bantuan.


Cuba tengok jiran satu lagi. Singapura. nak ke negara tu tolong...takde pulak baca dalam paper negara nih hantar bantuan...tak taulah kalo ade....



Monday, September 28, 2009

SALAM AIDILFITRI..

BERAYA KAT PILAH

BERGAMBAR NGAN ANAK BUAH: Dari kanan ke kiri ( bawah): Zaim, Sakinah, Anis dan Sya.

KELUARGA MENTUA & ADIK IPAR


MY FAMILY & I



sebulan berpuasa, akhirannya kita beraya. merayakan kemenangan mengatasi nafsu manusia yang pelbagai. yang menyusul, puasa enam. fadilatnya, seolah setahun berpuasa.
aku berdoa, agar aku mampu hidup untuk ramadhan akan datang. hari-hari mendatang yang kita lalui kadangkala tidak lepas dari kesalahan dan dosa. hablul-minannas, hablul-minallah. kedua-duanya.
semakin hari usia menginjak. aku pasrah keadaan ini. kadangkala cuma terbayangkan dosa-dosa yang dilakukan secara sengaja atau tidak, mungkin kalau dikumpul, tidak terhitung. jadi sebagai manusia, dengan amal yang sedikit, bersyukurkah kita sebagai insan? pengisian ramadhan dengan terawih sekurang-kurangnya mengumpul amal dan pahala untuk dijadi bekalan ukhrawi yang kekal abadi.





MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer