Wednesday, September 9, 2009

ada apa dengan indonesia...


Indonesia tak habis2 menimbulkan polemik kepada Malaysia. banyak isu sebenarnya. jangan kita lupa, kes Ganyang-Malaysia telah timbul sejak 70 an lagi dan impian sukarno menjadikan Malaysia sebahagian dari Indonesia Raya. itu dulu. dan 'barah' ini terus merebak ke isu2 yang seterusnya. kes pelanggaran 'tidak sengaja' kapal TLDM di perairan Indonesia, isu tuntutan bertindih ke atas Ambalat dan isu Manohara ( minah tak sedar diri) dan kononnya lagu Negaraku ciplak lagu Terang Bulan dan...malas aku nak cerita lagi.
malaysia tetap bersabar. Mujur, bagi aku, lebih baik kita berdiplomasi. pemimpin kita bab2 ni memang bagus. depa tetap ambil pendekatan diplomasi. kalau kata anak cucu hang jebat jadi ketua negara, dah lama dia lancarkan serangan balas. mintak simpang la.
Sebab, peperangan ni tak ada sesiapa pemenangnya. bak kata pepatah ' menang jadi abu, kalah jadi arang'. buat apa. Malaysia dah aman lagu nih. tapi, jangan kita diuji sehingga tahap melampau. jangan dijolok sarang tebuan. negara kita negara bermaruah.
ada apa dengan indonesia....

Ramadhan..


Ia datang lagi. Bagi kanak2, ramadhan digambarkan sebagai sebulan tidak boleh makan waktu siang. Ia lebih kepada latihan kepada kanak2. Ditambah dengan suara mengusik berkata " siapa tak puasa tak boleh raya", maka berduyun2lah kanak2 berpuasa. Takut tak boleh raya, maka tak dapat pula duit raya nanti.


Kini, semakin usia menginjak dewasa, puasa lebih dari semata2 tidak makan waktu siang. Puasa lebih daripada itu. Ibadah seharusnya diperbanyakkan. Zikir dan Terawih menjadi teman setia sepanjang ramadhan. ditambah dengan bayaran zakat fitrah bagi yang mampu, ramadhan sebenarnya bulan yang paling barakah, sehingga diberi gelaran penghulu segala bulan.
Maka, bagi yang tahu, kesempatan diambil dengan khatam quran, sedekah jariah dan menanti kehadiran malam Lailatul Qadar dengan penuh tawadduk.
Bagi yang alpa, langsung tidak menjengah masjid untuk berterawih. Yang tinggal orang2 tua dan orang pencen. sesekali ada kanak2, tetapi mereka ini setia menunggu moreh sebenarnya, tak mengapalah.
Tapi dimana remaja dan mereka yang dewasa. Melepak dirumah kah? Menghabiskan makanan yang tak sempat habis waktu berbuka. Lalu perut terasa penuh dan malas ke masjid. Ditambah dengan channel 411, 412 dan 413 di Astro, terawih berkubur begitu sahaja.
inilah keadaannya. tahun demi tahun aku lihat, golongan ini semakin 'tiada' dimasjid. Berbeza dengan zaman ketika aku remaja dulu. Bilangan boleh dikatakan ramai dan kami seronok ke masjid. Ramadhan tak lengkap tanpa terawih. itu yang aku rasa.
golongan remaja dan awal umur dewasa semakin jauh dari masjid. Tapi, kalau ada bola antara MU dan Liverpool, maka berduyun2 melepak di kedai mamak, menonton layar besar. kalau ada konsert hiburan, tak de masalah, boleh datang. tayangan filem di Astro yang menarik, sanggup tunggu sehingga tengah malam.
Ini yang merisaukan. Hiburan mendapat tempat dihati mereka. yang lain2 boleh tunggu dulu. Bagi mereka, mungkin, terawih hanya sunat, tak buat tak apa.
fikir-fikirkan....

Tuesday, July 21, 2009

APA?


Apa yang kita cari sepanjang hayat kita? Kekayaan? Kejayaan? Kesenangan? Kesihatan? Kebahagiaan? Kekadang, kita lalai apabila mula terjebak untuk memikirkan bagaimana untuk kaya, senang lenang dan bahagia....bagi yang mengambil jalan mudah, mulalah terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa...bagi yang rajin, buat MLM, buat OT, PT(part time) dan sebagainya...tapi, itukah yang kita cari? Aku mengarut pulak dah...ntah apa-apa...

Monday, June 22, 2009

SEMESTER BREAK dari 25 MEI - 21 JUN

suasana di Pasar Bahru
bergambar di Kawah


Kawah


Jakarta Post


menanti ketibaan Air Asia ke Bandung

Aku mengambil kesempatan dari cuti semester break baru2 nih dengan mengunjungi Bandung, Indonesia. Dengan diiringi oleh isu Ambalat dan Manohara. Sebelum sampai, hati aku berdetik setiap saat, apakah penerimaan orang di sana ke atas orang Malaysia? Takut nanti aku dan family disambut ngan kapak dan parang, atau poster tertulis "Ganyang Malaysia". Sah, kalau itu keadaannya, aku akan segera menyelamatkan family aku balik terus ke Malaysia. Tapi, keadaan sebaliknya. Tiada ketakutan, malah kedinginan. Tenang. Rakyatnya disana tidak pula sedang berdemonstrasi "ganyang Malaysia". Aku dan family bebas berjalan, membeli belah dan makan-makan. Budi bahasa rakyatnya memang first class, tutur katanya sangat manis didengar bunyinya sangat mengalu-alukan kedatangan kami.

Bagi aku, ini semua kerja media. Mereka ini yang menggembar-gemburkan isu tersebut padahal rakyatnya tidak begitu. Mereka hanya menjalankan kehidupan seperti biasa, mencari rezeki yang sedikit untuk sesuap nasi. Aku kasihan melihat keadaan begitu. Lain sekali. Lain dengan kehidupan di Malaysia. Masyarakat di sana seolah-olah merempat ditanah air sendiri. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bangsa Cina pula yang menghuni rumah laksana istana dan mengunjungi hypermarket, Carrefour. Bagai langit dan bumi keadaannya. Entahlah. Sumber aslinya sangat banyak. Petroleum, berlian dan sebagainya. Negaranya luas. Penduduknya ramai. Tetapi alangkah malang, pemimpinnya korup, pentingkan diri sendiri dan asyik mengumpul kekayaan untuk sanak saudara..aku berdoa Malaysia tidak jadi begitu.


























Saturday, May 30, 2009

BUNUH KOMUNIS ITU...

Kebelakangan ini, cerita kat suratkhabar tak lain tak bukan banyak cerita pasal mamat komunis yang satu nih...Chin Peng nama dia. Konon kata dia nak masuk Malaysia sebab sanak sedara dia banyak kat Perak. Langkah mayat gua dulu...walaupun tak merasai hidup di zaman komunis, aku banyak tahu pasal kekejaman komunis ni melalui pembacaan, melawat muzium, penceritaan dari veteran2 perang dan sebagainya. Memang tak boleh dimaafkan langsung. Baru2 ni baca paper, Jen (B) Che Md Noor (ex-PTD) kata Chin Peng ni pengganas bukan pejuang kemerdekaan. Chin Peng gila kuasa dan teringin nak jadikan Tanah Melayu negara komunis. Sebab tu tak kisah bunuh orang tempatan.
Bertambah geram lagi bila ada pulak orang kita sokong Chin Peng balik Malaysia. Tak reti sejarah ke depa ni? Anyway, aku confirm 100% Chin Peng takkan berani balik Malaysia.

Berani la balik.....

Tuesday, May 5, 2009

DOKTOR OH DOKTOR...

Isu yang hangat sejak dua tiga minggu ni banyak bersangkut paut tentang doktor...doktor mengular, baca suratkhabar masa bertugas, main sms lah dan macam2 lagi komen kepada kerjaya yang sangat mulia nih. aku kesian ngan doktor bila hal macam ni keluar di media massa. sebab nila setitik rosak susu sebelanga. isu yang kecil itu digembar gemburkan seolah2 semua doktor macam tuh. statistik menunjukkan nisbah seorang doktor Malaysia merawat pesakit adalah lebih kurang 1 : 1 000 . bayangkan. kalo cikgu macam aku ni, dapat anak murid banyak tu dalam satu-satu masa, memang naik la darah tinggi aku. boleh ke aku buat camtuh. tapi doktor terpaksa merawat pesakit banyak tuh. plus on call lagi. kerja 12 jam lagi. ward round lagi. senyum je bila merawat pesakit. pengorbanan mereka tak terbalas sebenarnya. kalo nak ikutkan gaji dan elaun pun taklah tinggi sangat kalo nak dibandingkan ngan kerja menyelamatkan nyawa. kan lebih molek seandainya menteri yang tertangkap doktor yang mengular tersebut tidak membuat sidang akhbar dan tidak melaporkan kepada orang ramai. bila dah keluar macam nih, tanggapan orang ramai camne? dalam islam, kita tidak boleh mendedahkan aib orang, walaupun orang tu buruk macam mana sekalipun. sebab kesannya akan menjejaskan orang lain yang tak terlibat pulak. contohnya macam situasi macam ni lah. sebabkan sorang dua doktor buat perangai habis semua doktor kat Malaysia terkena bahananya. orang ramai pun mungkin dah pandang serong pada doktor.
bukan senang nak jadi doktor. belajar kena pandai. SPM mesti excellent. lepas tu masuk matrikulasi pun mesti excellent. pointer tak kurang 3.80. masuk universiti kena belajar sampai enam ke tujuh tahun. lepas tu kena praktikal kat hospital. baru lah layak digelar doktor.
fikir-fikirkanlah. janganlah kita cepat menghukum doktor. kesian kat mereka. sudah le bilangan doktor kat Malaysia ni kurang, sampai kena import dari luar. kalau tiba2 pulak semua doktor 'fed up' dan nak join dunia korporat, amacam?

Tuesday, April 28, 2009

BERSYUKUR PART 3..

Syukur lagi. Bagi aku syukur ini patut sentiasa diucapkan, diperingatkan dan diulangi selalu. Jika tidak, kita lupa. Manusia selalu lupa, bila berjaya mula bongkak. Bongkak membawa kepada takbur. Lalu kita lupa untuk bersyukur walhal rezeki, ketinggian ilmu, kekayaan harta benda, isteri dan anak pinak semuanya adalah kurniaan Allah swt. Manusia hanyalah pemegang amanah. Kita akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat ini. Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kita masih lagi dapat bernafas dalam agama yang diredhai Allah dan hidup aman damai di bumi bertuah ini. Amin.

Ibrahim : 7.
"Sekiranya kamu bersyukur, maka akan Ku tambahkan lagi (nikmat Ku), tetapi sekiranya kamu kufur (berpaling dari bersyukur, membazir, sombong dll) sesungguhnya azab Ku amatlah pedih".

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer