Tuesday, May 5, 2009

DOKTOR OH DOKTOR...

Isu yang hangat sejak dua tiga minggu ni banyak bersangkut paut tentang doktor...doktor mengular, baca suratkhabar masa bertugas, main sms lah dan macam2 lagi komen kepada kerjaya yang sangat mulia nih. aku kesian ngan doktor bila hal macam ni keluar di media massa. sebab nila setitik rosak susu sebelanga. isu yang kecil itu digembar gemburkan seolah2 semua doktor macam tuh. statistik menunjukkan nisbah seorang doktor Malaysia merawat pesakit adalah lebih kurang 1 : 1 000 . bayangkan. kalo cikgu macam aku ni, dapat anak murid banyak tu dalam satu-satu masa, memang naik la darah tinggi aku. boleh ke aku buat camtuh. tapi doktor terpaksa merawat pesakit banyak tuh. plus on call lagi. kerja 12 jam lagi. ward round lagi. senyum je bila merawat pesakit. pengorbanan mereka tak terbalas sebenarnya. kalo nak ikutkan gaji dan elaun pun taklah tinggi sangat kalo nak dibandingkan ngan kerja menyelamatkan nyawa. kan lebih molek seandainya menteri yang tertangkap doktor yang mengular tersebut tidak membuat sidang akhbar dan tidak melaporkan kepada orang ramai. bila dah keluar macam nih, tanggapan orang ramai camne? dalam islam, kita tidak boleh mendedahkan aib orang, walaupun orang tu buruk macam mana sekalipun. sebab kesannya akan menjejaskan orang lain yang tak terlibat pulak. contohnya macam situasi macam ni lah. sebabkan sorang dua doktor buat perangai habis semua doktor kat Malaysia terkena bahananya. orang ramai pun mungkin dah pandang serong pada doktor.
bukan senang nak jadi doktor. belajar kena pandai. SPM mesti excellent. lepas tu masuk matrikulasi pun mesti excellent. pointer tak kurang 3.80. masuk universiti kena belajar sampai enam ke tujuh tahun. lepas tu kena praktikal kat hospital. baru lah layak digelar doktor.
fikir-fikirkanlah. janganlah kita cepat menghukum doktor. kesian kat mereka. sudah le bilangan doktor kat Malaysia ni kurang, sampai kena import dari luar. kalau tiba2 pulak semua doktor 'fed up' dan nak join dunia korporat, amacam?

Tuesday, April 28, 2009

BERSYUKUR PART 3..

Syukur lagi. Bagi aku syukur ini patut sentiasa diucapkan, diperingatkan dan diulangi selalu. Jika tidak, kita lupa. Manusia selalu lupa, bila berjaya mula bongkak. Bongkak membawa kepada takbur. Lalu kita lupa untuk bersyukur walhal rezeki, ketinggian ilmu, kekayaan harta benda, isteri dan anak pinak semuanya adalah kurniaan Allah swt. Manusia hanyalah pemegang amanah. Kita akan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat ini. Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya kita masih lagi dapat bernafas dalam agama yang diredhai Allah dan hidup aman damai di bumi bertuah ini. Amin.

Ibrahim : 7.
"Sekiranya kamu bersyukur, maka akan Ku tambahkan lagi (nikmat Ku), tetapi sekiranya kamu kufur (berpaling dari bersyukur, membazir, sombong dll) sesungguhnya azab Ku amatlah pedih".

Wednesday, March 25, 2009

BERSYUKUR PART 2...

aku bersyukur.bila dikenang kembali, dari bulan januari sampai bulan mac ni, walaupun sibuk, kerja aku berjalan ngan lancar. takde masalah besar. aku boleh pegi kursus kat puswatan sebulan, anak aku dah hafal 123 sampai 20, hafal doa makan, dah cekap sebut abc sampai z...kelas aku plak ada member tolong gantikan, part time aku kat OUM berjalan lancar...dan paling menggembirakan, isteri aku disahkan mengandung...alhamdulillah. kekadang, kita diberi ujian kesibukan oleh Allah swt untuk melihat keimanan kita kepadaNya...redha tak kita ni, atau komplen tak tentu pasal. "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman." aku setuju sesangat. iman tak boleh diwarisi hatta dari ayah yang bertaqwa...lirik dari kumpulan raihan ni memang tepat sekali....
aku harus bersyukur. semoga aku terus dimurahkan rezeki. kemurahan rezeki ini aku mohon kepadaNya agar berkekalan sehingga aku menutup mata...Amin.

KURSUS STAF & TAKTIK....

rancangan tembakan armor...

askar dan gaya...hahahaha..bagai aur ngan tebing..

gaya lagi...bagai isi ngan kuku..hahahahaha...









Monday, March 23, 2009

aku dah balik...

KURSUS STAF DAN TAKTIK GRED 3
SIRI 1 / 2009
gaya tak?

roomate aku, zahiran (polisas)

askar ni tak sah kalo tak bergambar...

pejam celik dah habis kursus G3 nih...yahooo....







Sunday, February 15, 2009

KURSUS STAF & TAKTIK....

aku akan berkursus dari 17 feb hingga 18 mac 2009 kat Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) Ipoh, Perak. maknanya, sebulan ni tak dapat la aku nak posting sesangat...balik kursus nanti, aku post la gambar....


Tuesday, January 20, 2009

BERSYUKUR PART 1...

kali ni tetiba aku nak bawak citer pasal bersyukur, sebab kadangkala kita tak nak bersyukur atas kehidupan yang dikurniakan oleh Allah swt...kita diberikan hak menghirup udara segar, menikmati pemandangan indah dan menjalani kehidupan dengan sejahtera...yang sepatutnya disyukuri oleh kita semua...tapi, adakah kita bersyukur? Kita sentiasa berfikiran nakal seperti...kenapalah aku asyik tak cukup duit, tengok si ahmad tu...pakai keta v6, pandainya si minah ni, apasal la aku tak kaya-kaya.....
pemikiran seperti ini menjadikan kita semakin jauh untuk mengangkat tangan mensyukuri nikmat Allah swt....kita makin lupa kepada-Nya, sembahyang 5 waktu on off....zikir jauh sekali, ibadat sunat yang lain....hmmm......
begitu juga dengan kurniaan rezeki hasil kerja makan gaji atau bisnes...selain kerja keras, kita jangan sesekali lupa untuk bersyukur....kerana aktiviti harian tersebut kita lakukan sebagai satu ibadah dan bukanlah semata-mata untuk mengejar kemewahan duniawi...nak beli keta V6, duduk rumah semi-D, pegi melancong ke luar negara setiap tahun...Bandung, Bali, Medan, US dan Eropah...tanpa ada rasa syukur, kita lupa untuk bersedekah, lupa kesengsaraan umat Islam di mana-mana....kita rasa bongkak dengan simpanan duit "berkoyan-koyan" dalam ASB atau unit trust...dan terus menghitung hari bagaimana akhirnya duit tersebut akan menjadikan kita bertambah kaya raya suatu hari kelak....dan ketika itu...rumah semi-D yang sedia besar diperbesarkan lagi, perabot di ganti dengan yang lebih empuk dan mahal lagi berkilat, kereta dibeli pada kos tak kurang RM 200K, melancong lagi, membeli belah sana sini, kemewahan dipamerkan dan bermacam angan lagi yang kita fikirkan.....namun perkataan syukur "lenyap" dari kamus kehidupan kita...alangkah kejamnya kita, segala yang kita dapat tidak mahu dibalas dengan mengucapkan syukur kepada-Nya...kerana kita harus selalu beringat, nikmat tersebut boleh dirampas dari kita pada bila-bila masa...ia bukan milik abadi kepunyaan kita....kita sebagai pemegang amanah dan tanggungjawab dan akan dinilai atas apa yang telah kita kerjakan.....

MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer