Sunday, September 20, 2026

Penyertaan dalam sukan MARA sebagai player DART MARA Selangor

bertempat di negeri Indera Kayangan, aku diajak sekali lagi sebagai pelayer Dart mewakili MARA Selangor. Dari 30 Ogos - 3 Sept, berkampunglah kami di sinun.

Kelayakan melepasi grup dan masuk suku akhir berjumpa MARA Melaka seolah menggamit kejohanan yang lalu..namun biasalah, adat kalah atau menang dalam pertandingan. Yang penting, dapat jumpa semula rakan2 DIP ED..ex pelajar yang dah jadi staf MARA, rakan2 baru dan lama yang seangkatan...

Dapat juga ke utara makan sedap2, tiada traffic jam yang serabut, kiri kanan bendang menghijau..fuh tenang aje...

lagi 2 tahun katanya NS tuan rumah, dekat la jugak ngn rumah..umur pun dah masuk 50 tahun..tua rasanya...hahaha





Monday, September 14, 2026

Penyertaan dalam pertandingan buku digital BUKM

 Alhamdulillah..mengembangkan bakat dalam penghasilan buku digital..semoga memberi manfaat





Tuesday, July 14, 2026

Kakak dah year 2 MBBS 15 Julai 2026

 Tadi exam last dia for year 2..next year clinical pulak, terus praktis di hospital..akak kuat semangat dan rajin belajar sejak kecil...semoga menjadi ikutan dan contoh teladan yang baik untuk adik2 dia..kak ngah & adik sama2 berjaya..kami sebagai parents sgt bangga dengan kejayaan kalian..




Wednesday, June 17, 2026

MGT2693 FOSM SESI 1 2026/2027

DBS6D ASSIGNMENT:

MED AID PHARMACY

TODAK ACADEMY

MIXWELL GARAGE

YCB BAKERY

Menjalankan perniagaan bukanlah semudah yang disangka. Perniagaan tidak hanya setakat mempunyai modal atau produk yang menarik tetapi juga memerlukan pengamatan seseorang pemilik perniagaan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT). Analisis bagi setiap elemen ini perlu dilakukan dengan penuh teliti, cekap dan berkesan. Ini adalah bagi memastikan tiada perkara penting yang terlepas pandang dan tidak diambil berat dalam pembuatan keputusan kelak.

Pembuatan keputusan hasil daripada maklumat yang terlalu fragile akan menyebabkan tindakan dan strategi yang bakal dilaksanakan tidak mencapai output yang maksimum malah mampu pula merugikan perniagaan. Telah banyak kajian kes yang dapat diperhatikan berkenaan perniagaan dan syarikat-syarikat besar yang mengalami kejatuhan dan bankrap. Tambah menyedihkan, kebanyakan perniagaan ini tidak mampu lagi bangkit dan terus hilang daripada industri. 

Friday, June 12, 2026

Percutian di Pulau Pangkor sempena cuti Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah

 










Pada cuti sekolah yang lalu, aku bersama keluarga telah merancang bercuti di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam.

Kami bertolak seawal 11.15 pagi. Perjalanan tambah menyeronokkan dengan berhenti seketika di R&R Elmina untuk makan tengahari. Kami menuju ke Lumut dengan melalui Lebuhraya WCE.

Sesampai di Lumut, kami bergegas untuk menaiki feri pada pukul 6.15 petang. Setibanya di Pulau Pangkor, kami mendaftar masuk di hotel penginapan.

Aktiviti kami di Pulau Pangkor bermula seawal pagi keesokan harinya dengan menyewa bot laju yang membawa kami ke pelusuk pulau yang berhampiran. Malah, kami juga sempat berendam dan berenang2 di kawasan pulau tersebut.

Keesokan hari, sementara menunggu feri pada pukul 1.00 petang untuk ke Lumut, kami sempat singgah di Kilang memproses sotong kering dan membeli jajan untuk dibawa pulang. Juga kami melawat masjid2 yang terdapat di situ. 



Thursday, June 11, 2026

Perlantikan sebagai Ketua Hakim pertandingan KV Skills Zon Selatan 2026

 


11 Jun 2026 - Aku telah dijemput sebagai Ketua Hakim bagi pertandingan KV Skills 2026 bertempat di KV Kajang. Satu pengalaman baru yang sangat unik kerana pengajian diploma pengurusan perniagaan juga boleh dinilai dalam bentuk soft skills iaitu pengendalian dokumen dan urusan yang lazimnya dilakukan oleh pegawai yang menguruskan pejabat sebagai contoh setiausaha pejabat, pembantu tadbir atau kerani. Ia memerlukan ketelitian kerana kesilapan dalam menguruskan dokumen-dokumen penting sesebuah organisasi boleh menyebabkan huru-hara dan kekeliruan. Ia adalah akar kepada perjalanan organisasi yang berkesan. Apabila dokumen keluar masuk direkodkan dan dikemaskini dengan sistem yang teratur, maka segala pembuatan keputusan akan menjadi lebih lancar dan efisien.









Sunday, April 26, 2026

Kembali berinovasi dengan penyertaan dalam IRISE 2026

 Alhamdulillah..

penyertaan pelajar KPMB dalam IRISE 2026 menambah lagi koleksi aku dalam pertandingan inovasi. Dari kelas aku sendiri, sebanyak 16 kumpulan yang memperolehi pengiktirafan GOLD (4 kumpulan), SILVER (9 ) dan BRONZE (3 ). 





Tuesday, January 20, 2026

Anak Jantan...keluar!!


 Seketika dulu, dalam dewan MAS, Lt Kol Prof Madya Dr Fawzi Basri dengan gegak gempita memberikan ceramah berkenaan PALAPES. Kebetulan pada masa yang sama adalah sesi orientasi pelajar baru Ijazah Sarjana Muda, seingat aku tahun 1997.

Aku ketika itu sedikit impress apabila melihat gelaran beliau yang agak panjang dan terfikir bagaimana seorang individu bernama Fawzi Basri mampu mendapat title "Lt Kol", "Prof Madya" dan Dr. Bagi aku, ini satu pencapaian yang hebat bagi seorang pensyarah universiti.

Tujuan beliau berceramah adalah bagi mempromosikan pengambilan anggota PALAPES baru. Sudah tentulah suaranya agak tegas dan dihujung ceramah Dr Fawzi meminta pelajar yang berminat menyertai PALAPES agar dapat bergerak ke luar sebelah dewan untuk tujuan pendaftaran anggota baru.

Aku pada mulanya teragak2 untuk masuk kerana agak risau penglibatan aku dalam PALAPES akan mengganggu pembelajaran aku di universiti. Faham-faham sajalah, PALAPES merupakan aktiviti kokurikulum yang maha busy, rambut aku bakal dipotong, terikat dengan displin ketenteraan sepanjang masa dan macam2 hal yang bermain difikiran aku.

"Siapa anak jantan, keluar sekarang!!" 

Tidak semena-mena aku terdengar ayat ini keluar dari podium atas pentas. Sah! Itu ayat yang muncul dari mulut Dr Fawzi. Aku toleh kiri kanan. Ada beberapa kelibat pelajar yang bingkas bangun dan melangkah keluar ke sebelah dewan. Aku dalam keadaan perasaan bercampur baur sama ada hendak masuk PALAPES atau tidak turut berbuat benda yang sama. Cerita selebihnya adalah sejarah.

Akhirnya, aku diterima sebagai anggota baru PALAPES DARAT setelah melalui tapisan yang agak ketat antaranya ujian larian, pemeriksaan kesihatan, majlis angkat sumpah dan sebagainya. 

TO BE CONTINUED...




Sunday, November 9, 2025

Video pentauliahan PALAPES tahun 2000 di UKM

Memori kembali menerjah ke benak fikiran

Tanggal 13 Mei 2000, bertempat di padang kawad UKM yang baru selesai di tar...masih hitam pekat malah bau tar masih kuat menyinggah..

Video ini telah lama aku idamkan..tercari2 andai ada sesiapa menghasilkan video di mana aku beraksi di dalamnya..sebagai penanda sebelah kanan detasmen pertama UUM..terima kasih kepada sesiapa yang menerbit dan berkongsi sebahagian daripada kisah silam aku..

Kenangan ini akan aku simpan sampai bila2..

Video pentauliahan di UKM tahun 2000..minit ke 35.31 - 35.36 ada la gambar aku keluar sebagai penanda sebelah kanan...


Thursday, October 23, 2025

Sebungkus apps by KPMB

Kini, SDG kerap menjadi buah mulut ramai pihak. Ini adalah kerana dunia semakin menitikberatkan aspek kelestarian alam dan kepentingan menjaga kehidupan bukan sahaja untuk kebaikan umat pada masa sekarang, tetapi kesinambungan yang boleh diwarisi untuk anak cucu.

Dunia perniagaan juga tidak terkecuali dari membincangkan isu SDG. Perniagaan bukan lagi semata-mata mencari keuntungan tanpa hala tujuan atau memikirkan cara mengeksploitasi hasil bumi demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Transaksi perniagaan sebegini bagai tiada hubungan jiwa yang tulus ikhlas antara penjual dan pembeli. Tiada lagi konsep menang-menang. Bagi pihak penjual hanya memikirkan keuntungan manakala pembeli memikirkan nafsu untuk berbelanja. Masing-masing tidak berkongsi denyut nadi yang sama iaitu aspek kemanusiaan dan alam sekitar. Akibat sikap tamak haloba, masing-masing tidak mengambil peduli dan tidak kisah tentang empati dan simpati. Beri dan menerima. Tolak ansur. Berkongsi rezeki. Saling melengkapi.

Oleh itu, sudah sampai masanya warga peniaga dan tokoh korporat wajar membincangkan aspek yang lebih luas - melangkaui isu pembelian saham, urusniaga itu dan ini, joint venture, FDI atau apa2 istilah yang dilihat lebih bersifat menjana kekayaan pelabur atau pemegang saham. Aspek pencemaran alam sekitar, kemiskinan, penggangguran dan sebagainya yang semakin membarah dalam kehidupan manusia wajar diberi perhatian serius namun sangat sedikit tindakan yang diambil bagi mengatasi permasalahan ini.

Walaupun begitu, ada juga usaha pihak tertentu yang berusaha giat bagi membuka mata pihak korporat tentang kepentingan SDG. Tindakan yang diambil oleh mereka ternyata berkesan dalam memberi pendedahan dan latihan yang bersesuaian agar ejen perubahan dapat menyelinap masuk ke dalam institusi perniagaan dengan misi besar iaitu menyelamatkan dunia demi generasi hari ini dan akan datang.

Sebungkus apps lahir dari idea ini. Ia diterjemahkan dalam kerangka yang lebih luas berbanding perniagaan biasa. Sebungkus apps tidak mengutamakan materialistik bagi membangunkan perniagaan. Ia lahir dari jiwa suci bagi membantu mereka yang memerlukan. Zero hunger dan no poverty merupakan misi utama yang didamba.


Pembentangan.. 



Keputusan juri...









Perjalanan ditempuh awal..








Prosesnya melibatkan sesi perah otak, brainstorming, correction and improvement..Alhamdulillah, hasilnya diiktiraf.

Pelajar2 ini juga sangat dedikasi dan beri komitmen 100 persen




Tuesday, July 22, 2025

Guru oh Guru

 Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Monday, May 12, 2025

Tanggal 13 Mei 2000...Majlis pentauliahan di UKM

 Teringat aku..13 Mei..25 tahun yang lalu..aku berada di atas padang kawad UKM yang baru di tar, tambah dengan panahan mentari yang terik..

Fuh..mental dan fizikal boleh koyak jika tidak mampu berlatih kawad selama sebulan..muka memang hitam hangus...

Tapi, teringat pengalaman 3 tahun sebelum itu, yang lebih perit..Junior kena belasah aje, baru tahu apa itu change parade, ukur padang kawad, compas marching, crawl, menembak M-16, terjun kolam, makan dalam talam, buka dan pasang M-16 dan banyak lagi..

masuk peringkat Intermediate, kita pulak membelasah..iyelah dah up sikit..dah faham istilah mengulor, take cover, stand down, stand to, 

manakala Senior kita diajar untuk bersikap matang..standby dah nak habis training, kawad pedang, kawad tongkat semua belajar..tak sangka dulu ada tongkat walaupun LTM..fuh..

walau apa pun, aku dan rakan2 menguatkan keazaman, jati diri dan hadap apa sahaja cabaran yang bakal mendatang

Teringat lagi, waktu persiapan nak bertolak ke UKM, kitaorg baru aje habis final exam merangkap final year..kira terus grad la lepas tu...angkut segala barang dalam trak 3 tan..menuju ke Bangi dengan bumbung trak tak complete...maka sepanjang jalan highway bertemankan hujan dan panas sekali sekala..

Tambahan lagi, aku dan beberapa rakan yang dikira fit harus mewakili pasukan untuk acara Obstacles...suatu acara wajib bagi menguji kesiapsiagaan anggota tentera..

sampai di ukm, menginap di kolej Ungku Zain kot namanya..aku dah lupa..

tak tggu lama, gi pulak melawat sirkit obstacles di kem sg besi..terasa mcm geng2 komando elit..hehehe

UUM johan masa tu...bangga ya amat..

selepas tu, hari demi hari kami fokus kepada penyelarasan kawad...bayangkan nak selaras kawad untuk 10 universiti untuk suatu majlis..mau misai RSM TD berpintal2 nak conduct semua..segala sumpah seranah keluar..ayaq liur terhambur kat muka masing2...hehehe

Akhirnya, kami ditauliahkan...bagi aku bukan pangkat yang dikejar tapi pengalaman, ilmu, semangat setiakawan, pengorbanan, ketahanan mental, perit jerih yang tiada galang gantinya




penanda sebelah kanan tu...barisan depan..kontinjen pertama..ada la pengalaman kawad..bukan sikit2 punya..sebulan training ooo...

Monday, February 24, 2025

OSH VISIT

NIOSH

UNIKL MESTECH

KARNIVAL KESIHATAN PEKERJAAN MADANI

OSH: HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESSMENT AND RISK CONTROL IMPLEMENTATION

 

HIRARC is an acronym for Hazard Identification, Risk Assessment, and Risk Control. It's a process used to identify and manage hazards and risks in the workplace. 

How HIRARC works 

  1. Identify hazards: Recognize objects that could cause harm or injury
  2. Assess risks: Determine the likelihood of injury or harm if exposed to a hazard
  3. Control risks: Plan measures to reduce or eliminate the risk of exposure to a hazard
Benefits of HIRARC 
  • Reduces the risk of incidents
  • Creates a safer working environment
  • Helps organizations comply with occupational safety and health laws
  • Helps organizations comply with international occupational health and safety management system standards

EXAMPLE OF HIRARC IMPLEMENTATION

DBS 6A

1. Klinik kesihatan Beranang

2. Group Lotus

3.  GROUP ECOWALK

4. ⁠ BAIDURI

DBS 6B

1. APARTMENT 

2. MOSQUE

3. SERVICE CENTRE 

4. ECO WALK 

Sunday, February 16, 2025

Thursday, December 19, 2024

Monday, September 9, 2024

SWOT analysis video by students

 Strategic management involves the formulation, implementation, and evaluation of strategies to achieve an organization’s long-term goals and maintain a competitive edge. Here are ten key aspects of strategic management:

StratCOM: https://anyflip.com/hyxwo/msbe/

  1. Environmental Scanning: Analyzing internal and external environments to identify opportunities, threats, strengths, and weaknesses. This includes understanding market trends, competitive landscape, and internal capabilities.

  2. Strategic Planning: Developing long-term goals and objectives based on the analysis. This involves creating a vision and mission statement, setting strategic goals, and defining the direction for the organization.

  3. Strategy Formulation: Crafting strategies to achieve the set objectives. This involves deciding on the best course of action, whether it's cost leadership, differentiation, or focus strategies.

  4. Strategy Implementation: Putting the formulated strategies into action. This involves allocating resources, developing policies and procedures, and aligning organizational structures to support the strategy.

  5. Performance Measurement: Establishing metrics and key performance indicators (KPIs) to assess the effectiveness of the strategy. This includes tracking progress towards goals and evaluating overall performance.

  6. Strategic Control: Monitoring and adjusting strategies based on performance data. This involves identifying deviations from the plan and making necessary adjustments to stay on track.

  7. Risk Management: Identifying, assessing, and mitigating risks that could impact the success of the strategy. This includes developing contingency plans to handle potential challenges and uncertainties.

  8. Competitive Analysis: Evaluating competitors’ strengths and weaknesses to inform strategic decisions. This helps in understanding the competitive landscape and identifying areas where the organization can gain a competitive advantage.

  9. Stakeholder Management: Engaging with and managing relationships with key stakeholders such as customers, employees, suppliers, and investors. This ensures that their needs and expectations are considered in the strategic planning process.

  10. Innovation and Adaptation: Continuously seeking opportunities for innovation and adapting strategies in response to changing market conditions and emerging trends. This helps the organization stay relevant and competitive in a dynamic environment.

Strategic management is a dynamic process that requires ongoing assessment and adjustment to ensure that an organization effectively navigates challenges and seizes opportunities for growth and success.

The video:

1. https://youtu.be/ZR_wSMDS8HM?feature=shared


2. https://youtu.be/knKs2j4Fzmg?si=0Tbtj9tFIkCpelK1


3. https://youtu.be/OMmI5-dwo-o?si=MJPOuzxxEMcMfGdl


4. https://youtu.be/9yJloqBukCY?si=YfwP2Np9WG82_my1


5. https://youtu.be/Qo89-kpiWRg?si=AwJ2VFf9vmZRlq2u

Tuesday, August 20, 2024

Majlis konvokesyen perdana 2024

 Bertugas lagi tahun ni sebagai AJK Pendaftaran Graduan...dok dapat merasa Hotel Seri Pacific kat PWTC tuh...

Geng2 COVID pun konvo sekali..maka sesi konvo kali ni jadi panjang sikit...

Jumpa juga la ex student dan rakan2 seperjuangan MARA...

semoga terus sukses dunia akhirat










MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer