Tuesday, January 20, 2009

BERSYUKUR PART 1...

kali ni tetiba aku nak bawak citer pasal bersyukur, sebab kadangkala kita tak nak bersyukur atas kehidupan yang dikurniakan oleh Allah swt...kita diberikan hak menghirup udara segar, menikmati pemandangan indah dan menjalani kehidupan dengan sejahtera...yang sepatutnya disyukuri oleh kita semua...tapi, adakah kita bersyukur? Kita sentiasa berfikiran nakal seperti...kenapalah aku asyik tak cukup duit, tengok si ahmad tu...pakai keta v6, pandainya si minah ni, apasal la aku tak kaya-kaya.....
pemikiran seperti ini menjadikan kita semakin jauh untuk mengangkat tangan mensyukuri nikmat Allah swt....kita makin lupa kepada-Nya, sembahyang 5 waktu on off....zikir jauh sekali, ibadat sunat yang lain....hmmm......
begitu juga dengan kurniaan rezeki hasil kerja makan gaji atau bisnes...selain kerja keras, kita jangan sesekali lupa untuk bersyukur....kerana aktiviti harian tersebut kita lakukan sebagai satu ibadah dan bukanlah semata-mata untuk mengejar kemewahan duniawi...nak beli keta V6, duduk rumah semi-D, pegi melancong ke luar negara setiap tahun...Bandung, Bali, Medan, US dan Eropah...tanpa ada rasa syukur, kita lupa untuk bersedekah, lupa kesengsaraan umat Islam di mana-mana....kita rasa bongkak dengan simpanan duit "berkoyan-koyan" dalam ASB atau unit trust...dan terus menghitung hari bagaimana akhirnya duit tersebut akan menjadikan kita bertambah kaya raya suatu hari kelak....dan ketika itu...rumah semi-D yang sedia besar diperbesarkan lagi, perabot di ganti dengan yang lebih empuk dan mahal lagi berkilat, kereta dibeli pada kos tak kurang RM 200K, melancong lagi, membeli belah sana sini, kemewahan dipamerkan dan bermacam angan lagi yang kita fikirkan.....namun perkataan syukur "lenyap" dari kamus kehidupan kita...alangkah kejamnya kita, segala yang kita dapat tidak mahu dibalas dengan mengucapkan syukur kepada-Nya...kerana kita harus selalu beringat, nikmat tersebut boleh dirampas dari kita pada bila-bila masa...ia bukan milik abadi kepunyaan kita....kita sebagai pemegang amanah dan tanggungjawab dan akan dinilai atas apa yang telah kita kerjakan.....

Wednesday, January 14, 2009

bicara 15 jan 2009..

BOIKOT PRODUK NIH...









Hari ni Tesco Semenyih dibuka jam 9.00 pagi....orang kata hypemarket nih memang murah barangnye..murah dari Giant, Carrefour dan ntah macam-macam lagi hypermarket yang tumbuh cam cendawan kat Malaysia nih.....tapi baru2 ni, pabila isu Palestin diserang bagai nak giler oleh Israel...aku pun mula berkira2 nak ke Tesco, makan KFC atau kunyah McDonalds, minum kopi starbucks....yang memang diketahui ramai, brand ni semua datangnya dari Israel dan sekutunya, US dan yang geramnya...company ni salurkan dana untuk support Israel beli senjata....
kalau tengok berita, tak nampak kesudahannya...PBB tak buat apa2, setakat cakap itu dan ini...namun tiada action....kat Malaysia, yang kita boleh buat ialah demonstrasi dan boikot barang2 keluaran Israel & US...aku harap impaknya maksima...biar bankrap company ni lagi bagus....rezeki ada dimana-mana...aku tau anak melayu banyak yang kerja kat company ni, tapi kita kena ingat, kalau kita bekerja kat situ, samalah macam kita bersubahat bantu Israel...
bak kata Nooh Gadut, ex-Mufti Johor, dia dah keluar fatwa haram guna produk buatan US dan Israel...


MAJLIS AMANAH RAKYAT

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Employer